Tuesday, July 29, 2008

Not a positive day

Salam Alaik...

Amaran!!
Post ini adalah post yang Emosional dan Tidak Lucu... Anda tidak dijamin untuk seronok atau gembira!!

Pagi yang indah dan agak gelap mungkin kerana matahari muncul lewat...Dalam kegelapan pagi aku bangun dengan perasaan yang gembira, ceria dan berada dalam 89% positif...Jam 7.30am, aku call mak aku sebab hari nie birthday die... Tapi, dalam post nie, bukan kisah gembira yang aku nak citer...

2 jam pertama aku di intec aku hadapi dengan biasa... Dan setelah itu, aku berhadapan dengan keruntuhan psikologi tahap ke 4... Menjadikan mood aku 80% negatif... Aku ada beberapa sebab menjadikan aku amat negatif dan aku taknak menyatakan di sini, sebab ini bukan tempatnya...

Kehadiran sesetengah rakanku yang menjadikan aku agak negatif... Bukan salah mereka, tetapi salah aku yang menegatifkan mereka... Emosi aku betul2 tercabar...

Kebobrokan psikologi bertambah bila aku dapat satu SMS, yang sekali lagi aku akan merahsiakan isinya, dan isi sms itu betul-betul mencabar... Aku terasa amat bengkak, dan tdak mmbalas mesej tu... Kebengkakan aku nampak agak surut sehingga 65% setelah aku tidur dari jam 1.30 sampai kul 2.00pm... Semasa CTIS 30, aku cuba menjadi positif sehingga 50% postif, dan aku menerima mesej yang kedua yang menambahkan kesan dalam jiwa aku pada jam 3.15pm lantas menjadikan emosi aku mencanak kepada 80% negatif... Dan, aku bertindak membaca surat khabar.. Situasi politik terbaru Malaysia menjadikan emosi aku kepada 65% negatif...

Habis CTIS 30, aku memutuskan untuk balik Cemara tanpa menghiraukan tutorial Chem... Semoga aku berjaya menyurutkan kenegatifan aku malam nie semasa melihat Chelsea vs Malaysia... Jeritan sekuat singa Afrika malam ni mungkin mampu mempositifkan aku kembali...

Aku berhenti sampai di sini dahulu, agar aku dapat berehat...Au revoir...

1 comment:

hazmi damien said...

peace babe...cool down a bit..let da evil get outta ur head..think of sumthing cool(obviously not me since I'm HOT)..like sleeping with ur partner...haha