Sunday, August 31, 2008

Teka-teki: Ayam dan Telur

Salam Alaik...

Alhamdulillah, cuti di rumah memang agak menyeronokkan walaupun rakan-rakanku majoriti tidak pulang... Walau tiada rakan karib di rumah, hidup di rumah memang jauh daripada tekanan pembelajaran... Jauh bezanya...

Walaupun hari semalam bermula dengan agak negatif dengan sang bakteria menyerang mata aku sehingga kegatalan dan kemerahan, aku masih lagi berada dalam keadaan yang baik... Walaupun Manchester United kalah dengan St. Petersburg dalam Super Cup, aku masih berpuas hati kerana aku berada di rumah... Hidup di rumah memang best sehinggakan segalanya yang negatif dapat aku terima dengan positif...

Bila aku check emel aku yang tertinggal selama 2 hari, aku menerima kira-kira 33 mel baru... Kebanyakkan tentang friendster... Alamak, ramai la pulak bagi komen... Semasa aku menulis post nie, aku masih belum melihat segala komen yang diberikan... Hehehe... Harap-harap positifl la...

Hari Jumaat yang lalu, kerajaan membentangkan bajet yang bagi pendapat aku agak baik dan berkebajikan... Mana tidaknya, duti eksais rokok naik lagi... Heheh... Bagus tak? Boleh la aku berhenti pasni... Huh... Kalau nak dilihat, harga rokok pasni akan melambung ke RM7.30 sekotak dua puluh... Bukan setakat tue jer, kerajaan juga mengumumkan bonus sebulan gaji kepada kakitangannya... maknanya, akak aku sebagai seorang jururawat dan cikgu akan mendapat bonus... Boleh la aku paw...Huhu... Kaya aku raya nie...Ayah aku pulak, tidak mendapat kenaikan sebab tempoh perkhidmatannya dalam kerajaan tidak sampai 25 tahun... Di samping tue, kerajaan mengumumkan bil elektrik percuma kepada pemegang bil-bil bawah RM20... satu percubaan yang baik... Banyak lagi bendanya, tetapi tidak ada signifikan sangat kepada aku...

Seperti biasa, bila ada cadangan kerajaan, mesti ada bangkangan... Baru-baru nie aku ada minum kat Restoran Lot 702 Bandaraya Jarantut, aku terdengar ada beberapa pakcik berborak tentang bajet nie la... Diorang cakap bajet nie nak pancing rakyatlah, bajet nie tak membawa kepada memangkinkan ekonomi lah, bajet nie bajet best la, malah ada diorang cakap, bajet nie tak cukup bagus... Aku bukan nak kata apa, kalo aku menyampuk apa diorang cakap kang, aku kena pelempang... Aku pelik, kenapa cadangan yang baik dan berkebajikan kepada rakyat pon nak bangkang? Mungkinlah tak cukup untuk menampung segala-galanya, tetapi bukankah bersyukur itu baik... Macam tue jugaklah masa harga minyak turun 15sen... Ada yang bangkang, memanglah 2.55sen tue mahal lagi, tapi kalau turun tu dah kira bagus dah (kalau boleh turun lagi)...Cuba bayangkan kalau maintain jer 2.70sen? Macam mana?

OKlah, aku nak blah... Esok dah puasa, esok aku dah balik, esok aku nak date, esoklah segala-galanya.. Malam nie jom kita reramai memeriahkan masjid untuk tarawikh... Jom ke masjid!!!

Friday, August 29, 2008

Inilah dinamakan Professional : Soal siasat!!!

Salam Alaik…

Hari ini aku akan bergerak ke halaman rumah aku di Jerantut dengan menaiki bas SE Super… Balik lagi? Ya, betul… Tetapi, pada entri kali ini, bukan pasal balik akan aku ceritakan, tetapi pasal professional…

Aku menerima beberapa miskol dari nombor yang tidak aku kenali sejak dari semalam… Pagi tadi, setelah aku tamat kelas Biologi, aku kol lah balik nombor tue dan kemudian aku mendapat tahu orang yang kol aku malam tadi dan pagi tadi ialah cikgu Hasan, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar INTEC… Terkejut jugak aku… Dah la telefon kepada telefon genggam rangkaian Maxis aku… Aku tidak dapat mengagak apakah tujuan sebenarnya pada awalnya sebab aku hanya gunakan nombor Celcom aku untuk urusan rasmi… Mungkin hal INTEC InPro kot sebab aku bagi nombor maxis masa daftar InPro dahulu…Dia meminta aku mengahadap dia… Jadi, aku pon pergi lah…

Sampai je kat bilik Cikgu Hassan, aku pon duduk… Aku terus terpandang ke PC dia… haha.. Gotcha, Cikgu Hasan tengah tengok blog aku… Pegh, cuak kejap aku… Terfikir jugak aku, adakah posting aku tentang politik ini sensitif? Haha… Betul tekaan aku, ada orang melaporkan blog aku ini berat kepada aliran pembangkang dengan satu frasa ‘Tahniah kepada PKR kerana berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh’… Huhu… Biasnye aku… Aku pon memberi hujah bahawa blog aku ialah neutral dan mungkin gaya penulisan aku agak keberatan sikit… Apa yang mengkagumkan aku, Cikgu Hasan amat professional… Dia tak pernah nak tekan aku, malah berkongsi idea dengan aku… Dia menasihati aku dengan baik dan tidak meletakkan aku dalam keadaan yang tertekan… Aku respek cara pemikiran Cikgu Hassan… Dan, sebagai penutup perenggan nie, aku nak tegaskan bahawa BLOG AKU BUKAN BLOG POLITIK, tetapi blog peribadi… Post yang baru-baru ini sahaja yang ada kaitan dengan politik, tetapi tidak bias dan hanyalah neutral… Terima kasih Cikgu atas keprofesionalan anda… Aku juga akan menjadi penulis yang professional dengan memberi pendapat yang neutral dan disokong dengan bukti sahaja…tapi, kalau tentang peribadi, takkan nak letak bukti jugak kot?

Habis cerita soal-siasat, aku pon balik kelas untuk teruskan pembelajaran… Sampai di kelas, aku dapat kertas Kimia… Alhamdulillah, A-84.3%... OK lah… Syukur…. Kejayaan aku adalah kejayaan rakan-rakan aku, kejayaan lecturer yang mengajar, kejayaan INTEC sebagai institusi dan kejayaan kerajaan dalam memberi biasisiwa kepada aku…

Dalam jam 10.10am, Puan Faizah, mak angkat aku masuk kelas… Selama sejam pertama, dia banyak memberikan nasihat… Aku respek dia sebab dia tak pernah putus asa dalam mendidik… ‘Don’t give up’, ‘Jangan berangan nak panjat ‘bukit’’, ‘Pergi fly’, dan ‘You can do it’ ialah ayat yang selalu dia bagi... Terharu aku... Baik puan, akan saya belajar dan fly... Saya takkan mengecewakan puan!!!

Sampai di sini dulu lah yerk… Banyak lagi aku nak tulis, tapi masa mengekang…. Aku nak pack barang dan balik ke rumah... aku nak sambut puasa di Rumah...

Thursday, August 28, 2008

Bapak gampang soklan math tadi!!!

Salam Alaik...

Test Math baru sahaja melabukan tirai sebentar tadi... Dan, seperti juga test yang sebelumnya, aku masih gagal menjawab semua soalan dan mencicirkan 20markah secara tepat... Belum ditolak jawapan yang salah... Adatlah, study secara giat hanya dijalankan selama 2 jam sebelum exam... Inilah yang dipanggil 'Uji Minda'.... Sebut pasal uji minda, perkataan inilah yang aku selalu guna time kat SBPI Temerloh dahulu... Jikalau tibanya ujian, maka aku akan mengelak dari untuk study dengan alasan aku ingin menguji kefahaman pembelajaran aku dalam kelas tanpa sebarang ulangkaji... Dan, kebanyakan result adalah positif... Tetapi, apabila tiba diIntec, istilah uji minda adalah amat bahaya untuk diaplikasikan... Kepada sahabatku, maka janganlah menguji mnda, kelak kamu akan binasa... Haha... Pada hakikatnya, istilah uji minda hanyalah satu alasan kepada makhluk yang malas study dan mencari alasan atas kemalasannya itu... Jadi, janganlah malas-malas...

Merujuk kepada topik 'Bapak gampang soklan math tadi!!!', kenapa aku guna istilah gampang? Tidak ada istilah lainah yang lebih sopan? Bukan niat aku menggampangkan soalan Math tue, cuma aku ingin menguji 'set minda' para pembaca... Jikalau anda memikirkan maksud topik itu ialah 'bapak susah soklan math tadi', kamu tergolong dalam golongan yang negatif... Jangan terasa, saja nak uji... Kalau korang fikir maksudnya 'bapak senang soklan math tadi', maka kamu seorang yang positif dalam pemikiran... Tetapi, harus diingat, perenggan ini hanya sekadar memberitahu info dan bukan menggambarkan soklan math tadi senang bagi aku.... Tetapi, walau apapun cara aku jawab, atau sebanyak mana pun aku tinggal, aku tetap optimis aku boleh buat... Pemikiran persis ini lah penting dalam pembelajaran-POSITIF...

Sebut pasal pemikiran, aku baru sahaja lepas lepak-lepak makan dengan Azrul dan John di Imtiaz... Sedang aku makan, kami terlihat iklan 'berhenti merokok' dalam ASTRO... Maka, aku menyatakan betapa susah berheni merokok, maka dengan tidak semena-mena, ada pak cik kat sebelah menyampuk, menyatakan betapa susah berhenti smoke, lebih-lebih lagi berhenti ganja... Haha... Ape hal orang tua nie.,.. Tiba-tiba Pak cik A (biar aku gelar dia PCA) nie menambah, kalau orang main belakang lagi susah nak berhenti... Aku, Azrul, dan John mula tertarik dengan corak pemikiran PCA nie... Aku dan Azrul mula melayan... John dah blah awal sebab tak tahan dengan hemburan asap yang penuh dengan karsinogen... PCA menambah, yang ranai pelajar UiTM dah kena tebuk, UiTM U sampah, UiTM tak wajar dibuka kepada non-bumi dsb,.. Tapi, yang paling menarik aku ialah pendapat dia yang mengatakan pemimpin sekarang menjadi seseorang yang rajin buang masa, dan sifat-sifat negatif yang lain adalah disebabkan ingin menunjuk kepada rakyat perilaku rakyat itu sendiri atau dengan kata lain, pemimpin mencerminkan rakyat... Aku agak tidak bersetuju dengan pendapat ini kerana bukan pemimpin perlu mencerminkan rakyat, tetapi pemimpin perlu tunjukkan kepada rakyat contoh agar rakyat ikut, atau rakyat mencerminkan pemimpin... Ape-apelah, aku pon dah pening...

Cuma, sebagai kesimpulan, pemikiran setiap orang dimuka bumi ni lain... Terpulang kepada kita untuk ikut orang atau fikir cara kita sendiri... Harap-harap pilihan kita baik... Itu aje... Sentiasalah positif...

Wednesday, August 27, 2008

Malam Selepas Test Bio...

Salam Alaik...

Topic Test 4 Bio telah berlangsung dengan amannya... walau terdapat banyak kekeliruan dan penghentaman ke atas jawapan, aku masih boleh menjawab semua soalan... Jika teruk keputusan ini, maka adatlah, baru mula study semalam... Kalau bagus, maka itulah nikmat Tuhan...Syukur pada-Nya... Penat kalau lepas memeras otak, hendak pulak lepas jawab Bio, lagi la...

Habis test, aku, dan Azrul teman Hanis di depan dewan kerana motornya kehabisan minyak... Maka, Humam lah pulak bersusah payah membeli minyak... Sepenungguan kami, sempat berborak dengan madam Lili... Maka diceritakan akan kekeliruan soalan periuk kera, maka Madam Lili gelak pelik... Mungkin baginya itulah soalan yang senang... huhu... Setibanya Humam, maka diacukan masalah ketiadaan botol, maka kami berempat pon bergerak selembab semut, Humam tolak motor Hanis, Aku dan Azrul lepak naek motor layan angin malam...

Esok, test Math pulak menjelma... Seperti biasa, langkah study serius masih belum digerakkan... Bukan aku tak tau yang Math adalah subjek yang paling teruk kat INTEC nie, tapi bila dah malas... Lagi pon, kalau aku study pon, macam boleh jawab jer... Balik-balik banyak ak tempat kosong... Stress aku... baik aku tido awal malam nie, regain Energy lepas test Bio...

Petang tadi, aku buat perbentangan Malay Study, In-depth study tentang terapi gen... Haha...kul 1330, aku pergi print bahan Malay, dan buat slaid... Slaid yang aku buat pada jam 1400 aku guna pada jam 1500... Kiranya, aku ambik 1 jam 30 minit untuk siapkan segala-galanya... Pakar last minute la katekan...Aku sempat baca secara pintas tentang terapi gen sebelum aku bentang... Punya cetek ilmu tentang terapi gen nie... Selamat ada draf Mustakim, boleh aku cilok idea...

Dan, hari ini, aku berasa amat marah, tapi tak stress bila melihat seorang yang pernah suatu masa dahulu menjadi kawan baik aku, kini macam bangsat... Aku selama ini memang tak pernah marah walau pon sekelumit pada orang lain, tetapi kat budak nie, memang aku panas... Setiap kali dia bersuara memang menyakitkan hati,... Entahlah, perasaan aku je kot... Bukan ape, kalau bengang dengan aku, jangan sampai macam ie...Dah... Cukup... Habis dah marah...

Anyway, kepada pembaca blog aku, boleh lah doakan kejayaan aku dan rakan-rakan se'Sydney'ku dalan test Math esok...Aku dah nak tido...

Bye, Maas Salamah...

Haha...

Salam Alaik...

Jangan salahkan aku diatas segala kesilapan yang aku post... Ini semua berpunca dari kesilapan akhbar online BHARIAN DAN UTUSAN...Patut la orang suruh boikot akhbar tue.,.. Huhu...

Hari ini, keluar akhbar tentang jumlah pengundi 47000++ orang dengan peratusan keluar mengundi 80++%... Haha... Semalam cakap 38000++ dengan peratusan 67++%... Cakap tak serupa bikin...

Ape-ape pon, tahniah kepda PKR sebab menang... Kepada BN, jangan lupakan rakyat..Teruskan perjuangan... Jangan putus asa walaupun Anwar dengan berapi kata 16 september PR akan naek Putrajaya...

Tuesday, August 26, 2008

Isu: Kehadiran hantu Raya (9114 ekor) pada malam sebelum Ramadhan tiba

Salam Alaik...

Yeah... Keputusan PRK Permatang Pauh sudah menjelma... Seperti yang dijangka, DSAI memenangi kerusi itu lantas membuka ruang untuk ke Parlimen, dan Putrajaya... Haha...
Tetapi, bukan itu yang aku ingin ceritakan, tetapi lihat statistik oleh Utusan Malaysia:
Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh
26/08/2008 10:28pm
KEPUTUSAN/RESULTS -
PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH:
PP:58,4591.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast 38,144
Peratus/Percentage 65.25 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.
Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348
Majoriti/Majority:13,398
— Bernama

sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm

Cuba lihat dari undi DSAI+BN+ AKIM+undi rosak...
31195+92+15524+447=47258
Pastu tengok Jumlah Keluar mengundi: 38144

Kalau dikira, macam undi yang dikira lebih dari jumlah keluar mengundi dengan 9114?
Macam mana tue?

Sila fikirkan...

Hantu Raya..

Salam Alaik...

Ramadhan dah dekat sangat... Tinggal lgi kurang lebih 6 hari sahaja lagi... Amacam persiapan korang semua? Kurang-kurang aku dah buat raptai penuh...Hehe... Puasa, suatu perkara yang terkandung dalam rukun Islam, maka dengan secara automatiknya, sesapa yang meninggalkan puasa tanpa sebab yang membolehkannya akan dilucutkan keislamannya... Betul ke ape aku cakap nie? Aku bukan mufti pon... Haha... Takde la...Cuma kalau fikir balik, kalau rukun nikah tak diikuti, maka nikah tu tak sah... Macam rukun Malaysia gak, kalau tak buat ape yang terkandung dalamnya, maka bukanlah dia seorang Malaysia... Tapi aku tak berhak nak mengkafirkan orang, kalau aku mengkafirkan orang, maka aku pulak yang jadi kafir, Nauzubillah... Bila dah nak puasa nie, apa kata kalau korang start baca niat puasa, mudah saja, Sahaja aku puasa dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah... Dah siap... Boleh dah puasa sebulan... Islam inikan mudah...Hantu-hantu, Syaitan, dan segala yang berkaitan dengannya akan diikat... Haha... Takde la hantu raya nak berkeliaran dah...

Hari ini, atau secara spesifiknya, 26 Ogos 2008, berlaku satu Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh... Semasa aku menulis nie, sukarelawan SPR sedang mengemas peti undi untuk dibawa ke pusat pengiraan undi... Sesapa je yang menang, aku ucapkan takziah sebab bila dah menang, banyak tanggungjawab terhadap rakyat perlu ditunaikan... Janji-janji bak KLCC, malah lebih tinggi, yang ditabur dan direnjis hendaklah dikotakan... Segala macam sumpahan, pergaduhan, cacian, pujian, perlulah disetelkan agar tidak wujud perpecahan atau pergaduhan lanjutan... Tetapi, adatlah pilihanraya... Mesti ada alasan kalau kalah, dan ketakburan kalau menang... Mari sini, biar aku jadi tukang tilik jap...

Pasca Pilihanraya, setelah keputusan diumumkan:
  1. Pihak yang menang akan dikerumuni media massa dan segala macam makhluk pengampu untuk menemuramahnya...
  2. Pihak yang kalah akan memberikan alasan dan sebab-sebab kekalahan seperti: ada hantu raya, lawan memang hebat dan popular, penipuan, hasutan dsb...
  3. Pihak yang menang akan mengulangi janji mereka dan pihak yang kalah akan mengatakan bahawa janji itu takkan terlaksana
  4. Sumpah menyumpah tidak akan berakhir
  5. janji tidak dikota
  6. Permatang Pauh akan sunyi sepi
  7. Segala kerajinan wakil rakyat turun padang akan berhenti, tiada lagi pergi kenduri kahwin, tiada lagi meredah banjir
  8. dan sebagainya

Di samping itu, jikalau BN menang:

1. Anwar confirm tidak akan menjadi PM pada 16 september 2008

2. Kutukan ke atas Anwar

3. Isu hantu raya akan timbul

4. BN akan kutuk PR

Kalau PKR menang

1. Najib malu, sebab kata BN confirm menang

2. 5% (tak banyak boleh aku letak sebab aku ragu) Anwar akan jadi PM

3. PR akan bangga dan mengutuk BN

Secara keseluruhannya, politik akan sama sepert dahulu, iaitu persis hantu...

Kalau Ramadhan tiba, harap-harap hantu-hantu politik nie dah bertaubat dan bekerja seperti yang sepatutnya...

haha... lawak giler cara aku pikir... Biasa la, patut la kerajaan tak bagi pelajar berpolitik, sebab pelajar kan tak reti metafsir dunia politik...Kalau diberi juga, macam yang aku piki ni la jadinye...

Cukuplah mencarut...Aku nak tido pulak...

Sebelum terlupa, Manchester United menang dengan Pompey 1-0 pagi tadi... Jadi No. 5... hahah...

Bye

Monday, August 25, 2008

Politik itu hantu, sesumpah, penipu dsb...

Salam Alaik...

Dalam entri kali ini aku nak meraba sedikit tenang politik di tanah airku yang tercinta, bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-51... Aku sebagai seorang pelajar sepatutnya dilarang KERAS untuk membabitkan diri dalam arena politik ini, tetapi memandangkan jika aku memendamkan rasa adalah lebih teruk, baik aku luahkan sahaja...

Dalam pada menyentuh isu sumpah menyumpah nie, aku rasa amat jelek sekali... Bukannye ape, tapi macam sumpah-menyumpah ala sesumpah nie macam dah jadi mainan dalam politik...Bermula dari isu liwat, sumpah mubahalah, sumpah lian menjadi modal... Dalam isu pembunuhan, sekali lagi sumpah digunakan... Kini, terbaru, mantan MB juga nak bersumpah laknat atas tuduhan rasuah... Alahai, pelik aku... Aku dah muak dengan sumpahan nie... Macam sumpah nie perkara 'seder' (senang) je... bertambah pelik, macam-macam pendapat dari segenap pelusuk tanah air pula mengkritik atau menyokong si sesumpah nie... Ada sekali tue, mase aku tengah makan di Shah Alam, aku terdengar satu kumpulan parti pro-pembangkang berkata sesumpah Saiful tak betul la, tak ikut syarak la (memang pun), tapi si pihak pro-kerajaan, ada pulak kate sumpah tue betul... Tidak tamat di situ, segala macam tuduhan sekarang ni nak dijawab dengan sumpah... Barangkali mereka yang bersumpah nie memang dah nak jadi sesumpah kot... Aku tidak menolak sumpah, tetapi jangan la sampai sumpah itu menjadi mainan...

Masuk pula bab Khalid Ibrahim mencadangkan buka 10% untuk kaum lain di UiTM... Haha... Aku dah agak, mesti bertalu-talu tembakan dihalakan ke Khalid...Si pembangkang pula bersetuju dengan cadangan Khalid tue... Demonstrasi yang dianjurkan oleh pelajar tiba-tiba dihalalkan...AUKU persis tidak mampu menghalang pelajar itu...Tapi, banyak yang lupa bahawa kepimpinan dahulu bukan setakat mencadangkan, bahkan melaksanakan kemasukan kaum lain ke Matrikulasi dan MRSM... Tidakkah itu juga melanggar polisi MARA? Tapi oleh sebab yang melaksanakan ialah si Pemerintah, maka dihalalkan sahaja... Cuba kalau Najib yang memberi cadangan tue, pasti segala masyarakat di Malaysia menyokong dan menyambut usaha itu dan semestinya, pembangkang, mesti membangkang habis-habisan cadangan tue... Apa-apa cadangan dari pembangkang, akan ditentang pro-kerajaan dan disokong pro-pembangkang dan begitu juga sebaliknya... Politik itu hantu... Aku yang kat kampus UiTM seksyen 17 nie pon tak heran cadangan tue sebab aku nampak ramai cina dan India belajar kat sini, di mana? UITM!!! Ada orang bising? Takde.,.. Sebab orang tak tahu...

Maka, ada pulak kes PRK Permatang Pauh... Ada pihak melarang kaitan isu peribadi, tetapi ingatlah, sifat-sifat pemimpin dan tingkah laku peribadi itulah yang menggambarkan kepemimpinan... Adakah pemimpin yang rajin togok arak perlu dipilih?Adakah pemimpin yang ambik duit judi layak menjadi wakil rakyat? Adakah pemimpin yang kuat mencarut boleh jadi MB? Adakah pemimpin yang gila seks perlu diundi? Ini semua isu peribadi pemimpin itu... Adakah perkara-perkara seperti ini yang patut dilarang sebagai bahan kempen? Alamak, kacau sungguh politik...

Aku bukan seorang liberal kerana membenci politik... Malah, aku bukan seorang yang buat 'dek' je tentang politik... Aku juga mengkaji politik, aku suatu masa dahulu juga peminat setia politik... Politi itu tidak bersalah... Yang membuatkan politik itu macam bangsat ialah pemain-pemain, perasuah-perasuah, sesumpah-sesumpah, talam 2 muka, dan pelakon-pelakon dalam dunia politik Malaysia... Sebelah pihak kata dialah yang ingin membela rakyat, tetapi sudah 51 tahun merdeka, rakyat masih lagi macam terseksa (bukan aku tak bersyukur, tetapi aku rasa rakyat boleh dapat lebih dari tue)...Sebelah pihak lagi kata 'kamilah harapan baru untuk malaysia", tetapi sesama sendir bertelagah, kejap nak buat negara islam, kejap nak buat sekular, kejap nak itu, kejap nak ini... Hadoi, tolong la...

Kesimpulan, semua karakter dalam dunia politik perlulah berubah... jadikan balik politik itu seperti benda yang suci, bukan seperti benda yang kotor, penuh dengan tipu helah, tuduh menuduh dsb... Politik itu bagus kalau kena caranya... Jangan la sampai politik menyebabkan rakyat-rakyat tidak terbela, bergaduh sesama sendiri... Jangan sampai rakyat muak dengan politik... Macam aku...

Aku taknak tulis panjang (walaupun memang dah panjang) sebab aku taknak aku punya bilik digeledah, aku taknak membuat sumpah laknat mahupun akuan bersumpah, aku taknak dihumban dalam penjara, aku taknak dikutuk oleh lawan ataupun kawan, aku taknak biasiswa aku ditarik walau aku cakap benda yang betul, aku taknak blog aku kena 'ban', dsb... Katakan TAK NAK!!

Akhir kalam (sekali lagi), permainan politik itu hantu di Malaysia, pemecah belah bangsa dan rakyat!!!
Baik aku suck-suck kok atas atap sambil fikir mase depan aku, dari aku fikir pasal politik, politik tu kan hantu...

Sunday, August 24, 2008

Akhirnya...

Salam Alaik...

Setelah berpenat lelah selama 4 jam, akhirnya, aku sampai kat Shah Alam... Aku naek se bas dengan Ikhbar, member se-SKBJ aku... Punye lah mengantuk, aku tidur hampis keseluruhan perjalanan, sehinggakan aku punya tengkuk macam nak patah... Haha... Cam sial...

Sampai kat Shah ALam, aku lepax dengan Ikhbar makan-makan sementara tunggu hujan berhenti... Tengah makan tu, banyak la aku dengan Ikhbar berborak dalam loghat Jerantut.. Haha.. Bukan senang nak borak macam tue...

Pos kali ini, agak pendek sebab aku takde mood nak tulis pepanjang... Banyak lagi kerja yang aku kena bereskan...

Assignment, Research Paper, I am coming,...

Bye

Saturday, August 23, 2008

Bila hati sudah gumbira...

Salam Alaik...

Setelah 8 hari bercuti, aku terasa seperti ingin menyambung cuti lagi... Bukan ape, aku rasa cuti kali ini tidak cukup... Tapi, kalo aku cuti pon, member aku semua dah hilang... Dah balik tempat masing-masing... Jadi, aku takde pilihan selain daripada menyambung perjuangan aku di INTEC... 'Hidup mesti terus'... Oleh sebab rindu aku ke Rumah memang tak berjaya ditamatkan walaupun aku masih di rumah, aku akan pulang sekali lagi ke rumah pada minggu depan... Haha... Lame cuti tue...

Semalam, aku mendapat sms daripada mak angkat aku, Puan Faizah, die memulakan mesej 'Salam Redz, congrats, you made it...:-)"... Aku yang masih sedap maen counter strike di laptop aku mule menjadi berdebar... Haha... Bapak suspen... Aku pon membalas "what?" lantas membunuh 35 Counter Terrorist dengan jayanya... selang 2.56 minit pastu, aku dapat reply Puan, "You IELTS score was out... You got overall 7.5 with writing 7.0" Pegh... Bapak seronok, persis jantung ku menerima tekanan darah melampau... Kalo check tekanan darah tue, mungkin da sampai 300/245 mmHg... Haha... Aku pon membalas, "speaking?" Lantas, setelah aku sempat membunuh lagi 25 orang jahat (counter terrorist), aku menerima "you got 6.5 in speaking, but never mind..."Haha... aku rase da bersyukur sangat dapat 6.5 tue... Kirenye aku competent user la...

Dah... Banyak lagi mesej tapi tak larat nak tulih... Isi main point je la... Dah la, aku nak g mereput plak nie... Awal pagi karang, aku nak lepak atas atap, mane tau, tue la last tym aku kat situ... Pastu, aku nak pack barang sebab aku akan ke S.Alam 8.45am esok...Awal giler...

Adios...
Au Revoir!!!

Tuesday, August 19, 2008

Hari-hari pertama cutiku


Salam alaik…

Dalam post kali ini, aku nak compile kan cerita aku sepanjang 4 hari bercuti…

Sabtu:
Aku memulakan cuti aku dengan bergerak ke Kuala Terengganu… Seawal pagi, aku begerak ke Kuantan untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu aku, Eddy namenye… Kat situ aku brjumpa dengan sepupu-sepapat aku… Ada Da, Pak Long n family, Embung n Family, Cu n Family dan tidak ketinggalan Mak Tam n family… Agak bagus la jumpe dengan diorang nie… Hurm, adat la kalo berjumpa… Memang banyak gossip dan segala jenis krisis ada… Lantak la… Diorang da besar, pandai pikir mane baek n mane buruk (Sazzul 2006)… Pas kenduri, aku dan family bergerak ke Kuala Terengganu dengan grand livina akak aku… Perjalanan yang memenatkan… Singgah kat Monica Bay (Teluk Mak Nik) kat kemaman untuk beli keropok sket…Dan, dalam kul 6.30, sampai la aku kat Rumah Tumpangan Yaseen, KT… Dapat bilik sebelah bebudak pompuan yang terdiri dari Pengkid… Hahah… Tapi, pengkid pon cun gak… Pelik aku, da cun pon nak jadi pengkid gak? Sempat lagi la aku cube ngorat… Tapi, sapelah aku, kan? Malam tue, jalan kat Mydin terbesar kat Malaysia… Beli baju melayu raya kaler BN… Haha… Belum pose dah shopin raye… Teruk betul…Malam tue aku tido kat bawah… sebab katil penuh… ok la…

Ahad:
Pagi ahad, macam biasa… Aku bangun agak lambat selepas tido subuh… Pas mandi, aku beli breakfast dengan akak aku sebelum aku menghantar akak aku yang lagi satu pergi ke Institut Perguruan Kuala Terengganu… Dalam jam 11am, aku dan family bergerak pulang ke Jerantut… Dalam perjalanan, kitorang berhenti di beberapa perhentian termasuk Monica Bay untuk membeli stok keropok baru… Begerak ke Pahang, kami singgah di Hentian LPT Gambang… Tukar driver kepada aku… Membawa Grand Livina di Highway memang berbeza… Aku dapat rasakan daya tujahnya, dapat rasa kehebatan enjin 1.3L-nye… Dalam perjalanan tu, aku Berjaya memecahkan rekod sendiri dalam pemanduan kereta, iaitu 150km/j… Agak laju la… Sampai di Jerantut, akulepax jap sebelum melepak dengan Ahmad dan Zimi… Ingat nak ajak Firmad n Pizul, tapi diorang semua kat Kuantan and KL masing-masing… Bizi memanjang diorang, nak2 lagi Pizul… Malam aku melayan kehoduhan permainan Chong Wei sebelum aku lepak dengan Ahmad n Zimi maen badminton…Selepas tu, aku dan abang Long melayan Manchester United vs Newcastle yang aku malas nak cerita sebab MU maen macam sial… Seri 1-1… Takpe… Standard la tue… Hero mane boleh naek awal-awal…

Isnin:
Pagi yang sama seperti dulu, bangun pukul 11am… Pas mandi temankan ayah aku tukar hak milik tanah di Cheka… Masuk bilik A.D.O., ADO tu tanye aku, “adik ni umur berapa?”… Aku jawab 19… ADO balas, “Owh, bukan ape, ingatkan 16 tahun tadi… Budak bawah 18 takleh ada tanah sendiri”… Pegh, bangga giler… Maka, terbukti muka aku macam dak 16 tahun… Heheh… Tahniah untuk aku… Balik dari pejabat tanah, aku memulakan istiadat menaikkan bendera dengan Ahmad n Zimi… setelah berpenat lelah, bertarung dengan miang serai, membocorkan selipar, akhirnya, diiringi lagu negaraku, bendera tue kini bebas berkibar di Taman Koperasi…

Bendera yang telah aku naikkan sempena Hari Kebangsaan ke-51


Habis tue, aku n da geng pergi JPN, ambik IC baru aku… Puas hati la tgk gambar… Tak la selenge sangat… Balik jap sebelum keluar selepas Asar untuk mencuci mate di TF Value Mart… Aku survey sweater jer… Kul 6.30, aku maen badminton… Malam pulak, aku jejalan dengan 2 orang mangkuk ayun tue sebelum melepak di Taman sambil suck2 kok… Kul 12, aku balik sebelum aku keluar kembali jam 1am-3am ke rumah member aku…Kat sane, aku buat aktiviti yang sehat dan menguji stamina iaitu…….Rahsia la….hahaha… Isnin, tamat…

Selasa:
Aku dikejut awal pagi untuk ke Lipis, menyelesaikan pemindahan hak milik tanah akak aku... Aku bangun dengan muka yang tak redha sebab tak cukup tidur... Sepanjang perjalanan, aku tidor jer... Balik ke rumah dalam kul 12pm... Sekejap jer... Dalam kul 2.45 pm, aku bercadang untuk menderma darah... Selepas membuat lesen mak aku, aku dengan bangganya pergi ke Hospital Bandaraya Jerantut untuk menderma darah... Sesampai kat hospital, seperti biasa, bilik derma darah kosong, kecuali kakitangan diorang... Aku mintak borang dan isi.. Disuruh aku ke bilik Dr. untuk check tekanan darah dan berat... Aku pon pergi... Diperiksanya tekanan darah aku, dan, seterusnya: TEKANAN DARAH AKU TINGGI!!! Pegh... Terkejut aku... Aku pon disuruh berehat... Setelah aku berehat, dan jantungku masih lagi gagal dikawal, aku diperiksa sekali lagi... Dan, KEPUTUSAN TETAP SAMA, tekanan darah aku tinggi... 167/103 tak silap aku... Wallaweh... Kena darah tinggi ke aku? Aku pon terus blah setelah dinasihati untuk datang sekali lagi esok... Aha, mampus aku nak datang lagi.. Aku takut, esok aku datang, pastu darah aku tinggi lagi, dan aku kena HYPERTENSION!!! Pegh... Dah la tulih blog... Baek aku rilekkan diri... And stop smoking!

Thursday, August 14, 2008

Rokok lagi?

Salam alaik...



Rokok ke aku nak citer kali nie? Tidak sekali-kali... Aku cume nak bagi tau yang aku tengah merokok tym tulis post nie...



Malam nie, dengan berlumurkan asap rokok, aku akan menulis sesuatu sebelum aku menggantung keyboard... Kenapa aku akan gantung keyboard? Ini adalah disebabkan aku akan balik ke villa aku tercinta esok, bermakna, kemudahan internet aku 24-jam kini akan digantung sebentar.... Kenapa? Sebab villa tercinta aku tak berinternet...

Aku juga akan berasa gumbira kerana aku akan punyai masa untuk melepaskan rindu yang bersarang di hati... Malah, aku jua akan melepaskan segala jenis stress yang menodai hidup aku di atas atap yang aku sayang... Aku juga akan memandu kereta kancil yang aku sayang mengelilingi bandaraya Jerantut... Dan, aku akan merokok...Hahaha..

Hidup di rumah memang berbeza dari kat sini (INTEC)... antaranya ialah, subuh aku kat intec pukul 6.55am, tapi kat umah boleh sampai kul 10am... Heheh... Tidor habis-habisan... Kat umah jugak aku boleh cycling dan maen bola dengan aman... Aku jugak boleh jumpe Pizul, antara kawan baek aku... Nak jumpa FIrmad, tapi die dah kat UM... Hehe... Ramai lagi yang aku boleh jumpe...Dan, tidak lupe kawan baek aku, Zimi dan Ahmad....

Rumah jugak mengajar aku erti bosan...Kadang-kala aku akan bosan lalu bukak ASTRO Ch.551,553 atau 555... Dalam kehangatan olimpik, mungkin Ch8++ pon aku bukak...

Lagi satu, oleh sebab Hari Merdeka dah nak sampai, aku, Zimi dan Ahmad akan bat rutin tahunan menaikkan Jalur Gemilang setinggi 10m (mungkin).... Kalo nampak Jalur Gemilang tertinggi kat Taman Koperasi tue, aku n da geng la yg pasang....Hehe...

Dah la, aku nak tidor plak.. Penat....

rumah, i am coming!!!!

Wednesday, August 13, 2008

Kenapakah aku merokok?

Salam Alaik...

Nampaknya perbincangan tentang 'rokok' sering mendapat publisiti murahan... Dan aku terfikir untuk berkongsi pendapat aku kepada umum untuk dijadikan 'sempadan'... Kenapa aku merokok?

Jap... Biar aku pikir jap...
Banyak sebab ni... Berubah ikut keadaan...

Pertamanya, aku merokok pada awal dahulu adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya aku, walau pada sebenarnya, takdelah sebaya dengan aku... Dia, seorang budak berumur 9 tahun, ketika aku 11 tahun berjaya membawa aku ke arena perokokan... Pengaruh ini pada hakikatnya tidaklah sebesar mana, cuma keinginan atau semangat inkuiri membakar jiwa budak aku untuk membakar tembakau... Tetapi, dalam keadaan ini, aku tidaklah addict kepada tembakau sebab aku hanya hisap 'bodo' je... Maknenye feel yang sebenar tak sampai ke otak...

Setelah berhenti selama setahun, aku kembali dalam arena rokok pada umur 14 tahun, ketika aku di SBPI temerloh... Ketika itu, aku mula belajar tarik... Menjadikan aku boleh feel nikotin... Sejak dari itu, aku mula separa aktif...

Tym SPM, aku menjadi makhluk perokok aktfif... Mengambil kesempatan kelonggaran yang cikgu bagi dan kebaekkan encik Guard membeli rokok, aku mengadaptasi peluang itu dengan merokk dengan aktif dan secara kondusif... Ketika itu, kebergantungan aku kepada nikotin semakin menjadi-jadi... Selepas SPM, bercampur dengan budak-budak rempit, aku menjadi hyperaktif... Pegh... Ambik ko.... Pecah peparu aku... Sehingga kini, aku hanya merokok kerana aku ketagihan nikotin...

Kenapa tak berenti?

Helloooo, aku cuba nak berenti yerk... Aku dah banyak kali kecundang, api aku tak pernah putus asa... Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah aku akan tetap mencuba untuk memberhentikan diri aku dari mengambil rokok....

Akhir sekali, aku ingin sampaikan satu pesanan:

"nak komen perokok, kena merokok dulu, baru la tahu ape yang perokok buat, kenapa, dan bagaimana.... Kalau kondem tanpa pengalaman, hujah tue tak sehebat dan sekukuh bersama pengalaman!!!"

Terima kasih...

Monday, August 11, 2008

Raptai 1 september...

Salam Alaik

Semasa aku mandi di awal pagi, terlintas di fikiran aku untuk membuat raptai penuh peristiwa 1 September nanti... Apakah bendanya? Haa... Takkan korang tak tau kot? Tengok lah kalendar...

Setelah aku mandi dan setel memakai baju, aku pergi ke Intec dengan suasana yang gembira... Raptai dah bermula... Setelah kelas kimia, Puan Faizah tak masuk kelas dan memesan kepada anak-anaknya supaya menyetelkan kerja dan asignment yang die bagi... Oleh sebab laptop aku berada di Cemara, aku pon balik dengan Aidi... Sesampai aku kat cemara, aku terpandang sebuah kotak berwarna putih, jelas tertera 'Sampoerna A International'... Teringin aku menggagalkan raptai aku... Selamat Aidi kate die nak ke Intec awal... Maka, selamatlah lagi raptai aku tu...

Setelah melakukan beberapa oerkara lagha dan tidak digalakkan berlaku pada 1 september nanti, Puan Yati masuk... Seperti biasa, integrasi huruf dan nombor dalam buku Math tu bejaya membuatkan aku hilang dari Sydney dan melayang ke satu tempat yang aku sendiri tak tahu... Habis kelas math, aku lepax jap sambil tido berdepan dengan laptop... Dengar sayup-sayup ada orang panggil aku... Aku buat tak tau je... Setelah 3 minit tido, aku bangun dari kerusi dan bertanya ada sesape yang panggil aku ker? Sebahagian makhluk Sydney yang tau menyatakan Farisa yang panggil aku... Ok, fine... dah terlambat...

Kul 2pm, dak kelas Sydney disajikan dengan video lakonan malam merentasi budaya... Melihat kembali lakonan itu, tergelak aku sendiri... Agak menjadilah... Habis video, aku balik... Sampai kat Cemara, aku bukak tenet dan lagu... Dalam jam 3pm, aku tido lagi... Raptai masih berjalan...

Bangun dalam jam 1855, aku terus ambik wudhu' dan solat Asar... Sebelum bergerak ke Restoran Sup Utara, aku berjalan ke pasar malam, membeli Kocok dan cakoi... Mengidam dowh!! Hehe... Sampai kat restoran tue, aku duduk dan order Sup Ayam, Nasi Putih dan Teh Ais... Ok la... Dari jam 1910, sampai 1933, aku menunggu azan... Aku lihat langit dah ada tanda-tanda merah...Takkan tak azan lagi kot? Aku call Amir, mohon kepastian... Barulah aku sedar yang maghrib dah lepas 5 minit...

Aku pon makan... Raptai penuh hari ini berjaya... Cuma ada banyak kekurangan tetapi tidak sampai memusnahkan raptai seperti: Tidur yang lama; ada perbuatan kutukan dan umpatan; kelewatan membuka puasa; kemalasan tahap cipan; dan sebagainya...

Ksesimpulan umum: Aku masih fit untuk 1 september - 30 september ni... Cuma ada kekurangan yag perlu dibaiki... Tahniah untuk aku... Raptai akan dilakukan lagi... Tetapi tarikhnya masih menjadi tanda tanya... Hehe...

Alangkah bahagianya setelah berpenat lelah...


Salam Alaik

Ahad ini, aku bejaya tidur sampai kul 11pg... Setelah 2 minggu tak dapat bangun lambat... Hehe... Tengah hari tiada apa yang aku boleh ceritakan setelah perjalanan aku masih sama...

Petang, dalam jam 1643, aku dapat panggilan daripada Zul Katak dan mengajak aku ke UiTM induk untuk berjumpa dengan Munirah... Memandangkan aku free time tu, aku setuju aje... Dalam jam 1715, aku dan Zul bergerak ke UiTM... Ke Dataran Cendekiawan... Tunggu Munirah di situ...Pas jumpe die, aku n Zul borak la dengan die... Lame gak la.. Sampai kul 8pm... Memikirkan kesebukkan aku, aku terus mengharap agar Zul balik... Sesampai kat kolej, aku lepax n buat some assignments jap...

Malam, dalam jam 2000, aku terima mesej dari aidi, mengajak aku ke Awwal untuk tgk perlawanan sulung Manchester United vs Portsmouth... First half, aku tengok sampai habis... Second half, aku kena balik sebab takleh keluar kolej lebih jam 2300...Kalau tak, bergaduh lagi aku dengan pak guard...

Tiba saat yang memenatkan... Aku mencari TV... Memula, aku bergerak ke blok 4, dan dengan segala hormatnye, ASTRO kat situ cam bodoh...Patut la takde orang... Pergi ke blok 6, blok aku, ada orang tengok TV, tapi tengok citer Cine... hadoh, bengangnya aku... Balik bilik, bukak internet nak tgk live telecast... Setelah penat tunggu window terbukak, akhirnya live telecast muncul... Sesampai minit ke 56, internet down... Bangsat!!! Aku mencarut... Aku refresh.. Tunggu 10 minit, baru keluar... Hurmph.... 0-0 lagi... Aku tunggu lagi, memang internet macam sial... Penantian yang penuh tanda tanya memang menjengkelkan... Aku refresh, dan match habis... 0-0... Masuk penalti...

Aku pon tgk jam, kul 0000... Confirm citer cine dah habis... Aku bergerak ke bilik TV... Tengok kosong...Pegh... Memang berbunga hati... Bukak je TV, haha... ASTRO cam sial gak... Bodoh!!! Aku mencarut lagi... Dengan kekecewaan melampau, aku ke bilik... Refresh internet memang lembab... Aidi bagi tau kat aku Man Utd menang penalti 3-1.... Tapi aku tak percaya sebab takkan menang 3-1 kot...Lagipon memang Aidi rajin menyejukkan hati aku...

Dan...

5 minit pastu, aku dapat mesej...
"FA Community Shield EOM: MAN 0- POR 0(MAN win 3-1 on penalties). Next Match: MAN v NEW @ 2300; 17/08/08 POR v CHE @ 2030"
sender: 26633
Neville, United Captain with Charity Shield after winning against Pompey by Penalty Shootout

Pegh... Seronok giler... Penat lelah tue aku lupekan.... Haha...
Pastu, aku dapat call... Letih berlakon sebagai seorang yang 'dingin'... Bukan ape, aku taknak perasaan sebenar aku, iaitu seronok bila dapat call dari seseorang mengganggu aku... Aku taknak menyusahkan orang lagi... Aku taknak merisaukan orang lagi...Hurm... Abaikan...

AKu nak tidor... Esok ada kelas pagi...
Bye...

Saturday, August 9, 2008

Positif atau negatif? dan 6.5 atau 7.5?

Aku, spek maroon, dan telefon genggam maroon...tym Mesyuarat Protokol...

Salam alaik...

Hari ini aku merasa amat bahagia dalam sesetengah aspek dan agak negatif dalam sesetengah aspek...

Ambik positif dulu...

Aku bangun seawal pagi, 6am kot untuk prepare ke Subang untuk ambik IELTS listening, reading dan writing... Perjalanan ke Subang tidak lah menarik, yang menjadi maksud aku positif ialah aku telah berjaya menamatkan IELTS aku hari ini... Maknenye, tak perlu risau dah tentang IELTS... Result ok atau tak, itu bukan dalam pertimbangan aku, yang penting aku dah buat yang terbaik... Habis IELTS, aku pergi makan dengan Iman, Hazra, Min, Shasha dan Abid... Berborak secukup rasa dan kemudian mereka menemani aku ke stesen KTM Komuter... Dalam perjalanan tue, ada satu peristiwa yang aku taknak ceritakan kat sini... Sensitif... Hehe... Dah sampai kat KTM, aku bergerak ke KL dan mereka ke S.Alam... Sampai kat KL, aku berjumoa dengan Firmad (positif)... Dah lama tak jumpa dia... Dia ajak aku lepax UM tapi aku tolak sebab aku ada mesyuarat malam nie... Pas jalan kat Mid Valley, aku balik dan sampai ke Kolej dalam jam 1908... Rehat sebentar sebelum pergi mesyuarat jam 2100... Berjumpa kembali dengan Hazra dan Iman... Makhluk 2 orang nie memang boleh buatkan aku gelak tym aku tengah stress...Setakat ini jer positif...

Negatif...

Aku habiskan IELTS aku dan berfikir, mampukah aku capai minima 7.0? Itu negatif pertama... Negatif kedua, aku balik ke Kolej dan melepak ke 1107, dan pergi menyapa member aku, biar aku gelarkan die Panda... Kenegatifan bermula pabila sapaan aku disambut dingin... Alahai, apa pulak masalah Panda nie? Aku tanpa berfikir apa2 bergerak ke bilik... Pergi ke CIMB, cucuk duit, tengok aku telah kelarian bajet melampau... Negatif betul... Pas CIMB aku ke Awwal prepare untuk mesyuarat... sampai kat Awwal, ada member aku dan Panda, dan sekali lagi panda dingin dengan aku... Alamak, memang sah die dingin... Hazra dan Iman datang bawa berita Negatif, Biro Protokol dituduh tak banyak buat kerja... Malah mungkin diberi kerja mengedit CD malam merentasi zaman... Alamak!!! Ini sudah lebey...Mendengar keluh kesah Wanita protokol tue, aku n Zaid menggelengkan kepala... Habis mesyuarat...


Balik bilik bukak tenet... tengok blog member... Nampak plak blog Panda... Dan, memang sah Panda dah salah anggap dengan aku... adoh... Baru nak relax dari masalah, datang lagi masalah/... Macammana aku nak atasi nie? Lantak ah...

Neutral...

Nak neutralkan negatif aku, aku tulis blog... Medium peluahan perasaan... Agak bagus la perekaciptaan blog nie...


~end~

Friday, August 8, 2008

7 perkara tentang ReDZ

Mari Tag Reramai

7 Facts about me:
i. Name: Redzwan Abdullah
ii. Nickname: Redz, Duan, Wan
iii. Age: 18 years old
iv. Height: 172++ cm
v. Weight: 54++kg
vi. DOB: 1 Safar, 1 Sept.
vii. Characteristic: Cheerful, Ugly, Thin, Positive, etc.

7 Things that frighten me:
i. God
ii. no idea
iii. no idea
iv. no idea
v. no idea
vi. no idea
vii. no idea

7 songs for mean time
i. Menghilir ke Sg. Pahang- Roslan Madun
ii. Bila Terasa Rindu- Dafi
iii. Glory-glory Man United
iv. Shitty Day- Soko
v. Teenagers- MCR
vi. Lonely- Akon
vii. Kenangan Terindah- Samsons

7 phrases always said by me
i. Salam Alaik
ii. Akay
iii. Whatever
iv. Maybe
v. Hurm
vi. Nope
vii. Yup

7 valuable things/person 2 me
i. Family
ii. Friends
iii. Laptop
iv. Watch
v. Cigar
vi. Man Utd Stuff
vii. Spectacles

7 first tyme in my life
i. No idea
ii. No idea
iii. No idea
iv. No idea
v. No idea
vi. No idea
vii. No idea

7 First impression I get
i. Tall (True)
ii. SPM candidate (younger than now) (Once tym ago, true)
iii. Not matured (maybe)
iv. Baek (Totally Lie!)
v. Not a smoker (Heheh)
vi. Nerd (Not at all)
vii. Skema (haha, WTF)

Nak tag sape lak ni?
Sape2 je la..

Aku kembali!!!

Salam Alaik

Aku kini kembali memeriahkan suasana blogging dengan post yang tidak seberapa hebat...
Dengan penambahan kredit internet baru je lagi, aku akan mengeluarkan post2 semasa aku... Kepada makhluk yang rajin sampai kat blog aku, aku ucapkan thankz atas sokongan korang...
Tanpa korang apelah blog ini..

Thursday, August 7, 2008

Malam Merentasi Zaman, Azan Ruffedge, Stress dan sebagainya…

Salam Alaik

05 08 08

Post nie, sepatutnya aku publish hari semalam, 5 Ogos 08…
Aku sebenarnya amat sangat stress sepanjang minggu nie, dengan kerenah Malam Merentasi Zaman, dengan ujian IELTS, dengan assignment aku, dan pelbagai masalah peribadi aku lagi…

Kepada sesiapa yang menerima tempias api kemarahan aku, aku amat memohon kemaafan… Bukan aku sengaja melempiaskan api kemarahan aku, tetapi aku tidak boleh mengawalnya lagi… Sebelum ini, api stress aku tidak pernah mencanak setinggi minggu nie…

Aku tidak akan menulis panjang kali ini sebab aku tidak boleh menulis Dalam keadaan yang tertekan dan stress… Aku cuma nak bagi tau yang minggu ini bukanlah masa yang sesuai untuk melakukan rundingan dengan aku…

Mungkin ada yang Nampak aku tenang dan ceria sepanjang minggu, tetapi anda haruslah tau yang aku ini ialah manusia yang sering makan dalam… Dan menyimpan segala masalah sehingga ia hilang sendiri…

Kali ini, masalah yang tidak sempat hilang itu, ditambah dengan masalah yang baru…Sori kepada mangsa aku…

06 08 08

Hari yang agak memenatkan… Dimulakan dengan kelas ESLS yang agak dingin dek kerna keberangan madam Faizah setelah budak2 kelasnya lambat… Kemudian dia dengan tanpa segan silu mengeluarkan dirinya dari kelas membuatkan kami terpinga-pinga… Aku dengan selamba bukak buku math dan kemudiannya tidur… Penat sebab semalam ada raptai dan perkara yang menjengkelkan…

Apa perkara itu? Berlaku pada jam 0000 060808 Setelah aku habis mesyuarat tergempar, aku dan 4 orang lagi, Bayern, Dz Imran, Hanis dan Jubek ingin menyambut buffday Bayern di al-Rafi… kitorang ingin pergi keluar Cemara untuk makan-makan… tetapi niat kami dihalang oleh Keskemaan pak Guard yang menahan dan tidak membenarkan kami keluar… Aku tak hairan kalau die tak bagi keluar sebab peraturan, tetapi kekerekan die dalam menegur kami amat menyakitkan hati...

Pak Guard tue dengan selamba menyatakan bahawa masalah tue (kitorang tak keluar makan), adalah masalah kitorang, bukan masalah die… Die suruh kitorang amik kebenaran RS dulu… Kat sini aku tidak mempertikaikan prosedur, tetapi mempertikaikan kekurangajaran pak guard tue… Lalu, dengan kepanasan hati tahap karma, aku dengan geng2 aku blah dgn muka tak puas hati giler… mane taknye, dah la penat, lapar, pastu buat kerek dengan kitorang plak…

Oleh sebab ego kitorang tinggi melangit, kitorang dengan sepenuh hati bersetuju untuk meminta kebenaran dengan RS untuk menunjukkan kami ini juga ada semangat dan kental…. Haha…

Kat sini aku respek kesabaran RS dalam melayan kerenah kitorang… Pas dapat kebenaran, kitorang pergi ke pondok Jaga untuk memberi surat itu… dengan muka kerek macam tapir, aku bagi surat tu dan terus blah… Rupenye die tak puas hati lagi…

Kitorang berdebat sekejap dan nampaknya kemenangan berpihak pada kitorang setelah die lari topic…Kitorang pon keluar dan menyambut buffday Bayern…

Terus kepada cerita Malam Merentasi Zaman…

Setelah habis kelas jam 1 pm aku dan kekawan pergi ke dewan untuk raptai drama kitorang… Setelah berlatih dua kali… Kitorang dikejutkan dengan perubahan plot drama setelah dikomen oleh Puan Faridah… Lalu menjadikan drama kami tipikal… Aku diberi dialog baru dan sebagainya….Aku juga dipaksa menjadi penangis, setelah menjadi pemarah…

Malam, setelah penat berlatih, akhirnya, Malam Merentasi Zaman menjadi kenyataan… Aku ditugaskan menjaga belakang pntas… Diberikan satu Walkie Talkie, aku cuba menjadikan tugas aku itu satu kerja yang bagus…

Terima kasih kepada set2 protokol, Zaid, Hazra dan Iman… You all memang best… Dengan kerjasama John, Gesh dsb, aku Berjaya menjadikan pentas tue satu perkara yang sistematik…

Sampai turn drama kitorang, aku cuba sedaya upaya melakonkan watak bapak yang pemarah…Akhirnya Berjaya… Ada satu part yang menyebabkan aku melayang melambung dek kerna kuasa Taming (John), aku terasa satu kesakitan di kaki… Tetapi ku abaikan sahaja…

Habis drama, aku dengan kalut menukar baju kepada attire zaman P-ramlee untuk menari Twist…Haha… Setelah berada di pintu dewan untuk masuk ke dalam, aku terperasan seekor paku terbenam dalam kaki aku sedalam 1 cm… Pegh, baru aku perasan… Selamat tak berdarah…

Dah siap menari, aku teruskan kerja protocol aku… Tym persembahan Dr.Bib, Azan Ruffedge yang dijemput khas naik kepentas sebagai satu surprise dan menyanyi duet dengan Dr.Bib dan Jazmie… Die setelah itu menyanyikan lagu Bila Rindu…Pegh, live tue…

Habis, malam tue, aku mengemas dewan dan menerima undangan Azan Ruffedge untuk supper dengan die… Ramai lagi yang join… hehe… Naik kereta Wira Aeroback die… Mase berborak dengan die, aku tau yang ruoenye die nie sempoi jer… Citer macam-macam…. Dan, die seorang yang sama dengan aku…. Seorang sm*k*r… Hehe.. Kena sensor, bahaye market die nanti…

Setelah berborak lebey kurang dengan die, aku pon blah… Hantar Hazra, Iman, Ayin, dan Sasha balik Akasia dengan best actor malam tue, Syafiq…Sampai di bilik, aku tulis menatang nie… Hari nie, tamat kepenatan sepanjang 2-3 minggu kitorang…

Boleh la focus pada IELTS dan Assignment laen pasnie… Semoga stress aku selama ini berkurangan…

p/s…Aku tak dapat tulis blog hari-hari sebab aku tak bayar lagi kredit internet… Nanti dah bayar, aku aktif balik…

02:24; 070808…

Sunday, August 3, 2008

Bapak tinggi aku lompat!!!

Salam...
Aku sebenarnye dah tak berkredit dalam melayari internet... Belum bermasa nak menyambung penulisan dan pencarutan aku nie... Sekarang nie, aku kat cc, menghabiskan masa pagi sebentar sebelum menyibukkan diri dengan kerja-kerja dan study aku yang macam 13 bijik lori pasir...

Tentang semalam, mini olimpik tu aku jalani dengan penuh kejayaan... Sebagai peserta yang baru pertama kali menyertai lompat tinggi nie, aku dengan bangganya menyatakan betapa aku telah berjaya memenangi tempat ke 5 (kot) setelah gagal di percubaan melompat pada ketinggian 1.4m... Dan untuk pengetahuan encik-encik yang baca nie, 1.4m adalah ketinggian yang pertama sekali diuji...Kirenye aku kalah awal la...Haha.... malu australia...

Semalam gak, selepas aku habis bermini olimpik, aku terus ke dewan melayan raptai Malam Merentasi Budaya pada jam 10am kot... Sesampainya kat dewan, aku diarah oleh Anith untuk menghantar bekalan minyak petrol kepada junior yang keretanya terkandas ketika dalam perjalanan ke raptai itu...

Habis hal-hal minyak, aku kembali ke dewan dan meyaksikan pementasan teater dak Brisbane, secara umumnya, mereka berjaya menghasilkan teater yang berkualiti... Inilah yang dinamakan teater... Selepas itu, grup aku, Sydney plak buat drama... Betapa kecil aku rasakan drama aku... Haha...Jangan risau... Penambahbaikkan dah dilakukan... Pementasan akan menjadi gelanggang hebat... Sydney pasti menguasai pentas...Hehe...

Raptai tue habis kul 5.30 pm... ku sampai kat kolej kul 6pm dan setelah solat aku tertidur sebab terlalu penat sangat... Kul 8pm, aku dipaksa bangun oleh Amir sebab solat dan kewujudan latihan drama pada jam 9.00pm... Hehe... Drama lagi...Sesi latihan ini membaiki kekurangan petang semalam dan menjadikan drama ini mudah difahami...

Iklan jap: Sesapa yang berminat untuk menyaksikan Malam Merentasi Budaya anjuran pelajar Malay Studies AUSMAT 19 boleh lah menempah tiket pada aku yang berharga RM 2 sahaja... No tepon aku (sms pon takpe) - 0179328233 (waktu bukan pejabat sahaja)

Butir-butir:
Tempat: dewan Besar INTEC, UiTM seksyen 17 Shah Alam...
masa: 8.00pm...
Istimewa: Azan Ruffedge...
Dsb...
Datang jangan tak datang...

Friday, August 1, 2008

Aku ke mini Olimpik!!!! Mewakili Australia!!!

Salam Alaik...

Kehadiran ogos membawa aku kepada kehadiran satu minggu yang bakal dipenuhi dengan kesibukan tahap ke-4, yang dijangkakan mampu membuatkan aku stress...

Pertamanya, Dengan Intec In-Pro yang aku sertai esok, membawa nama Australia ke persada antarabangsa...Haha... Mewakili Australia dalam acara yang memang aku tak pernah masuk iaitu Lompat Tinggi... Bertanding dengan wakil dari Amerika, Jerman, Jepun, Arab, United Kingdom, Ireland, Rusia, Korea. dan sebagainya...Membawa nama Australia adalah satu cabaran pabila ranking terkini Australia di International EC, Inter-Programme Game adalh ketiga dan dijangka tetap kekal ketiga setelah ditinggalkan jauh dbelakang Eropah dan Amerika...

Keduanya, pada 5 ogos nie aku akan sekali lagi mengantarabangsakan diri aku pabila menduduki ujian 'percakapan' International English Language System Test (IELTS)... Dan hal inilah yang agak menggusarkan aku... tetapi, berpantang maut sebelum ajal!!! Akan aku lakukan terbaik sehingga sekurang-kurangnya mendapat band 7 daripada 9...

pada 6 ogos plak, sehari selepas aku melupakan bahasa kebangsaan aku dengan mencarut dalam bahasa Inggeris, aku akan menjalani satu malam yang akan mengangkat martabat kebudayaan Melayu...Iaitu, Malam Merentasi Zaman yang memaparkan transisi 3 zaman... Aku salah seorang pelakon yang terlibat di samping menari Twist...Haha...Untuk pengetahuan anda, tema yang utama malam ini ialah Malaysia and the world, bermakna satu lagi pengantarabangsaan akan membebani aku... Lepak la Redz, cabaran semata-mata...

9 ogos, pengantarabangsaan keempat, aku akan menyudahkan test IELTS aku dalam disiplin 'Pendengaran, Penulisan dan Pembacaan'... haha... Uian ini akan menguji aku dari segi kekompetenan aku dalam Inggeris dan menguji kesabaran aku bertarung memerah otak selama 3 jam, kot... Semoga aku berjaya... hehe...

Habis minggu nie, mungkin segala kekusutan dalam minda aku akan terlerai sikit sebelum memikirkan asignment tahap karma yang bakal melimpah ruah... Pengantarabangsaan aku yang bakal aku lalui akan aku jalani dengan jayanya... Sekurang-kurangnya, drama kau nak podium, lompat tinggi sekurang-kurang top-3, dan IELTS, tidak boleh tidak, aku kena dapat 7 dan ke atas... haha...

Semoga aku selamat... Redz dan antarabangsa!!!

Setelah melelahkan diri, aku akan meneruskan