Sunday, August 31, 2008

Teka-teki: Ayam dan Telur

Salam Alaik...

Alhamdulillah, cuti di rumah memang agak menyeronokkan walaupun rakan-rakanku majoriti tidak pulang... Walau tiada rakan karib di rumah, hidup di rumah memang jauh daripada tekanan pembelajaran... Jauh bezanya...

Walaupun hari semalam bermula dengan agak negatif dengan sang bakteria menyerang mata aku sehingga kegatalan dan kemerahan, aku masih lagi berada dalam keadaan yang baik... Walaupun Manchester United kalah dengan St. Petersburg dalam Super Cup, aku masih berpuas hati kerana aku berada di rumah... Hidup di rumah memang best sehinggakan segalanya yang negatif dapat aku terima dengan positif...

Bila aku check emel aku yang tertinggal selama 2 hari, aku menerima kira-kira 33 mel baru... Kebanyakkan tentang friendster... Alamak, ramai la pulak bagi komen... Semasa aku menulis post nie, aku masih belum melihat segala komen yang diberikan... Hehehe... Harap-harap positifl la...

Hari Jumaat yang lalu, kerajaan membentangkan bajet yang bagi pendapat aku agak baik dan berkebajikan... Mana tidaknya, duti eksais rokok naik lagi... Heheh... Bagus tak? Boleh la aku berhenti pasni... Huh... Kalau nak dilihat, harga rokok pasni akan melambung ke RM7.30 sekotak dua puluh... Bukan setakat tue jer, kerajaan juga mengumumkan bonus sebulan gaji kepada kakitangannya... maknanya, akak aku sebagai seorang jururawat dan cikgu akan mendapat bonus... Boleh la aku paw...Huhu... Kaya aku raya nie...Ayah aku pulak, tidak mendapat kenaikan sebab tempoh perkhidmatannya dalam kerajaan tidak sampai 25 tahun... Di samping tue, kerajaan mengumumkan bil elektrik percuma kepada pemegang bil-bil bawah RM20... satu percubaan yang baik... Banyak lagi bendanya, tetapi tidak ada signifikan sangat kepada aku...

Seperti biasa, bila ada cadangan kerajaan, mesti ada bangkangan... Baru-baru nie aku ada minum kat Restoran Lot 702 Bandaraya Jarantut, aku terdengar ada beberapa pakcik berborak tentang bajet nie la... Diorang cakap bajet nie nak pancing rakyatlah, bajet nie tak membawa kepada memangkinkan ekonomi lah, bajet nie bajet best la, malah ada diorang cakap, bajet nie tak cukup bagus... Aku bukan nak kata apa, kalo aku menyampuk apa diorang cakap kang, aku kena pelempang... Aku pelik, kenapa cadangan yang baik dan berkebajikan kepada rakyat pon nak bangkang? Mungkinlah tak cukup untuk menampung segala-galanya, tetapi bukankah bersyukur itu baik... Macam tue jugaklah masa harga minyak turun 15sen... Ada yang bangkang, memanglah 2.55sen tue mahal lagi, tapi kalau turun tu dah kira bagus dah (kalau boleh turun lagi)...Cuba bayangkan kalau maintain jer 2.70sen? Macam mana?

OKlah, aku nak blah... Esok dah puasa, esok aku dah balik, esok aku nak date, esoklah segala-galanya.. Malam nie jom kita reramai memeriahkan masjid untuk tarawikh... Jom ke masjid!!!

7 comments:

hazmi damien said...

ola..
Selamat Berbuka puasa..
hahaha

aya hidayah said...

esok aku nak date..

>esok 1 ramadhan wei..=p

fakhrullah said...

ahah!
jom berpuasa
imsak aku kol 5..
berbuka 8.30..
cayalah!

tuan^nippon said...

hohoho....
diorg kot xpndai bajet...
mesti inflasi naik..waduh~

LiMaP5 said...

hehe. selamat menunaikan terawih. kalau ada umur panjang leh jumpa lagi. :D

aide said...

i'm in love wit zenit..wow

Redzwan Abdullah said...

Hazmi>>
Belanja la aku berbuka

Aya>>
Date? maksud kamu?

Scott>>
aku memang sentiasa puasa..Hehhe

Nadz>>
Haha.. Inflasi naik ker? aku tak kesah, asalkan rakyat dapat duit dan harga barang turun...

Limap5>>

Belajar elok-elok... Naikkan nama orang jerantut di persada SPM...

aide>>
Aku da cakap, zenit menang,...