Friday, August 29, 2008

Inilah dinamakan Professional : Soal siasat!!!

Salam Alaik…

Hari ini aku akan bergerak ke halaman rumah aku di Jerantut dengan menaiki bas SE Super… Balik lagi? Ya, betul… Tetapi, pada entri kali ini, bukan pasal balik akan aku ceritakan, tetapi pasal professional…

Aku menerima beberapa miskol dari nombor yang tidak aku kenali sejak dari semalam… Pagi tadi, setelah aku tamat kelas Biologi, aku kol lah balik nombor tue dan kemudian aku mendapat tahu orang yang kol aku malam tadi dan pagi tadi ialah cikgu Hasan, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar INTEC… Terkejut jugak aku… Dah la telefon kepada telefon genggam rangkaian Maxis aku… Aku tidak dapat mengagak apakah tujuan sebenarnya pada awalnya sebab aku hanya gunakan nombor Celcom aku untuk urusan rasmi… Mungkin hal INTEC InPro kot sebab aku bagi nombor maxis masa daftar InPro dahulu…Dia meminta aku mengahadap dia… Jadi, aku pon pergi lah…

Sampai je kat bilik Cikgu Hassan, aku pon duduk… Aku terus terpandang ke PC dia… haha.. Gotcha, Cikgu Hasan tengah tengok blog aku… Pegh, cuak kejap aku… Terfikir jugak aku, adakah posting aku tentang politik ini sensitif? Haha… Betul tekaan aku, ada orang melaporkan blog aku ini berat kepada aliran pembangkang dengan satu frasa ‘Tahniah kepada PKR kerana berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh’… Huhu… Biasnye aku… Aku pon memberi hujah bahawa blog aku ialah neutral dan mungkin gaya penulisan aku agak keberatan sikit… Apa yang mengkagumkan aku, Cikgu Hasan amat professional… Dia tak pernah nak tekan aku, malah berkongsi idea dengan aku… Dia menasihati aku dengan baik dan tidak meletakkan aku dalam keadaan yang tertekan… Aku respek cara pemikiran Cikgu Hassan… Dan, sebagai penutup perenggan nie, aku nak tegaskan bahawa BLOG AKU BUKAN BLOG POLITIK, tetapi blog peribadi… Post yang baru-baru ini sahaja yang ada kaitan dengan politik, tetapi tidak bias dan hanyalah neutral… Terima kasih Cikgu atas keprofesionalan anda… Aku juga akan menjadi penulis yang professional dengan memberi pendapat yang neutral dan disokong dengan bukti sahaja…tapi, kalau tentang peribadi, takkan nak letak bukti jugak kot?

Habis cerita soal-siasat, aku pon balik kelas untuk teruskan pembelajaran… Sampai di kelas, aku dapat kertas Kimia… Alhamdulillah, A-84.3%... OK lah… Syukur…. Kejayaan aku adalah kejayaan rakan-rakan aku, kejayaan lecturer yang mengajar, kejayaan INTEC sebagai institusi dan kejayaan kerajaan dalam memberi biasisiwa kepada aku…

Dalam jam 10.10am, Puan Faizah, mak angkat aku masuk kelas… Selama sejam pertama, dia banyak memberikan nasihat… Aku respek dia sebab dia tak pernah putus asa dalam mendidik… ‘Don’t give up’, ‘Jangan berangan nak panjat ‘bukit’’, ‘Pergi fly’, dan ‘You can do it’ ialah ayat yang selalu dia bagi... Terharu aku... Baik puan, akan saya belajar dan fly... Saya takkan mengecewakan puan!!!

Sampai di sini dulu lah yerk… Banyak lagi aku nak tulis, tapi masa mengekang…. Aku nak pack barang dan balik ke rumah... aku nak sambut puasa di Rumah...

1 comment:

MHZ said...

congrats 4 ur chem..
i proud 2 b ur tut.....
ok thats it..