Thursday, August 14, 2008

Rokok lagi?

Salam alaik...



Rokok ke aku nak citer kali nie? Tidak sekali-kali... Aku cume nak bagi tau yang aku tengah merokok tym tulis post nie...



Malam nie, dengan berlumurkan asap rokok, aku akan menulis sesuatu sebelum aku menggantung keyboard... Kenapa aku akan gantung keyboard? Ini adalah disebabkan aku akan balik ke villa aku tercinta esok, bermakna, kemudahan internet aku 24-jam kini akan digantung sebentar.... Kenapa? Sebab villa tercinta aku tak berinternet...

Aku juga akan berasa gumbira kerana aku akan punyai masa untuk melepaskan rindu yang bersarang di hati... Malah, aku jua akan melepaskan segala jenis stress yang menodai hidup aku di atas atap yang aku sayang... Aku juga akan memandu kereta kancil yang aku sayang mengelilingi bandaraya Jerantut... Dan, aku akan merokok...Hahaha..

Hidup di rumah memang berbeza dari kat sini (INTEC)... antaranya ialah, subuh aku kat intec pukul 6.55am, tapi kat umah boleh sampai kul 10am... Heheh... Tidor habis-habisan... Kat umah jugak aku boleh cycling dan maen bola dengan aman... Aku jugak boleh jumpe Pizul, antara kawan baek aku... Nak jumpa FIrmad, tapi die dah kat UM... Hehe... Ramai lagi yang aku boleh jumpe...Dan, tidak lupe kawan baek aku, Zimi dan Ahmad....

Rumah jugak mengajar aku erti bosan...Kadang-kala aku akan bosan lalu bukak ASTRO Ch.551,553 atau 555... Dalam kehangatan olimpik, mungkin Ch8++ pon aku bukak...

Lagi satu, oleh sebab Hari Merdeka dah nak sampai, aku, Zimi dan Ahmad akan bat rutin tahunan menaikkan Jalur Gemilang setinggi 10m (mungkin).... Kalo nampak Jalur Gemilang tertinggi kat Taman Koperasi tue, aku n da geng la yg pasang....Hehe...

Dah la, aku nak tidor plak.. Penat....

rumah, i am coming!!!!

2 comments:

hazmi damien said...

Dun 4get to remember me...haha

chika said...

ahaha.
slamat bcuti.