Monday, October 20, 2008

Plan Gila: Kumpulan FINARE (anak syarikat Perintis 020six Group of Company) SBPI Temerloh

Salam Alaik...

Ruangan Plan Gila kali ini ingin membawa pembaca melangkaui memori aku ketika Tingkatan 4, 2005... Aku nak cerita tentang pengalaman aku membuka syarikat yang digelar FINARE... Banyak cara nak sebut, Fi-Na-Re atau Fai-ner...

Kisah ini bermula apabila aku dan Nasharuddin Othman atau aku gelarkan Nasha berbincang untuk membuka perusahaan ala SMKA TAHAP... Apekah bisnes kami? Tunggu jap... nanti aku cerita...

Step pertama kami ialah ,encari rakan kongsi ketiga... pada awalnye, kami ingin mengambil Zul Katak sebagai partner memandangkan die tokey koperasi, ada pengalaman dalam bidang perniagaan... Tapi, setelah perbincangan gagal untuk mengambil khidmat dia, Firmad anak DO Raub, datang untuk menawarkan diri... Jadi, kami pun dah ada partner...

Perniagaan kami bermula pada suatu malam Ahad (sebab prep takde) di dorm L07 dengan modal RM33, RM11x3...tak banyak kan? haha... Standard la perusahaan kecil dan sederhana... Dengan modal permulaan kami sebanyak itu, kami membeli pemanas air (heater), sos sebotol, beg plastik dan beberapa bungkus sosej... Ya, tentunya anda tahu apa yang kami jual- Asrama style...

Pada perniagaan pertama kami, kami menerima banyak cemuhan dek kerana barang jualan kami, sosej rebus amatlah sempoi dan nampak tak sedap dari luar... Haha... Adatlah berniaga... Mula-mula memang kena kutuk sebab ada malaun-malaun dengki... Setelah kami membuat pengenalan dan penerangan tentang modus operandi kami, ramai yang ingin mencuba... Tak mahal, RM0.50 jer...

Hari pertama, kami mencatat pulangan sebanyak RM50.00 rasenye... Untung tak? Haha... Otak bisnes...

Minggu-minggu berikutnya, kami meneruskan perniagaan kami... Dari permulaan sebanyak 10 bungkus sosej, kami menjalar kepada 15 dan seterusnya 20 bungkus sekali berniaga... kami juga mengembangkan perniagaan daripada sosej rebus kepada fish ball rebus, dan crab cake rebus... Kami juga pernah mencuba untuk menjual pau rebus (kukus) tapi gagal sebab kekurangan gajet...

Sebagai langkah mempromosi perniagaan kami, kami pernah mengedarkan pamplet tentang prniagaan kami... Kami juga pernah melalak kat asrama untuk menarik perhatian pelanggan dan mencapub...

Dalam mencari stok perniagaan, kami selalu mencari stok kat Haddad Jaya Food Temerloh... Kat situ amat murah stok dan mudah untuk mendapatkan stok secara pukal... Segala alatan dan barang kami cari kat situ...

Semasa menjalankan perniagaan, banyak kenangan manis kami... Aku paling tak tahan apabila Nasha dan Firmad asyik-asyik begaduh... Macam anjing dan kucing pulak... Tapi kitorang steady...

Untuk menjadikan perniagaan kami lebih sistematik, aku menguruskan akaun... Aku dibei kepercayaan itu kerana aku nie jujur, amanah, berhemah tinggi dan segala aspek yang positif (angkat bakul sendiri sket)... Aku juga mengawal bajet agar tidak kerugian...

Perniagaan kami berjalan dengan amat lancar dan berjaya... Kami menyambut kejayaan kami dengan mengajak Miss Lenny Nurlinda, teacher English kami untuk keluar makan doa selamat... haha... Nak tau kat mana? Kat Pizza Hut Temerloh... Grand giler... Perniagaan kecil-kecilan buat majlis kat Pizza Hut... Belanja cikgu plak tue...

Selepas itu, kami menyambut kejayaan kami dengan berbelanja di KFC, McD dan sebagainya... Bapak untung... Dengan berbekalkan modal RM33 yang kami tak pernah tambah, kami dapat makan besar kurang-kurang 4 kali...

Setelah ditambah, ditolak dan dikira, kami menyimpulkan pendapatan kami melebihi RM600... Kira-kira 300% daripada modal asal... Untung kurang lebih RM570++... Kami mula bergerak slow apabila mendapat persaingan dengan 'Pasar Malam Parking Cikgu' yang dianjurkan oleh Koperasi SBPI Temerloh dalam usaha untuk melenyapkan perniagaan kami... Taktik yang berjaya... tetapi, dalam bergerak slow itu, kami masih dapat menghabiskan stok kami...

Kami berhenti berniaga apabila masuk suku keempat tahun 2005 kerana kemalasan yang amat sangat.... Kami amat berpuas hati dengan perniagaan itu... Sangat puas hati...

Semasa tingkatan 5, kami ingin memulakan kembali FINARE, tetapi, semangat muda itu sudah tiada... Dan perniagaan itu hanya hangat-hangat tahi ayam... Walaupun begitu, FINARE tetap di hati...

p/s: Suatu kali semasa kami mencari stok berniaga, kami ada satu memori yang best... Nanti aku cerita balik...tTunggu kemunculan: 'Plan Gila: Fly Secara Tidak Rasmi dan Kantoi...'

11 comments:

HAMIDI BIN SARIF said...

huhuh matap tu untung sampai 300%
apa kata ko jual kat tempat ko stdy skrg kan lagi mantap, aku dulu masa sekolah teknik temerloh 2002-2003 dulu memaNG lapo terutama nya jam 11 mlm dan keatas

memangpun cikgu selalu kacau line kan masa bebudak nk berniaga , menutup periuk nasi student je nak tambah pendapatan , nk jd IKS yg berjaya katakan

.b.e.d.d.y. said...

persoalan BESAR dlm kpale otak aq..
np mkn ngan tcher lenny??
sangsi2..

dzul said...

group aku masa blaja dlu penah buat. bisnes baju. bila ada golongan sasaran..bisnes mcm ni mmg menjadi. tp masalahnye tetiba jadi malas..sbb belajar. bila dah keje golongan sasaran (market)payah nak cari pulak..

fadzil hafiz said...

memang otak bisnes la lu nih!!

gua suspek lu menurun bakat dari ayah lu la...
ayah lu ade bukak kedai runcit x?

Rahimin Idris said...

peh, lu memang berbakat wan!

Don Balon said...

baler duan..
aok blajor mmolek lepas tu kiter bukok Pizza Redz di Jerantut.. amachanc??

Anonymous said...

wah koi pun ade beli gak.. sebab tu gemuk sangat.... hahaha

Redz da Tsar said...

Midi>>
kat sini bekalan makanan cukup, dan amat mudah didapati... Jadi untuk mengulang kejayaan semasa di SBPI Temerloh dulu tu amatlah susah...

Beddy>>
Mase tue teacher Lenny je yang accesible...

Dzul>>
Haha... Biasa la tue Dzul... Masa belajar member sesekolah boleh jadi golongan sasaran, tapi masa kerja, member dah kurang untuk menjadi sasaran... Kalau ada pun, banyak faktor lain yang menggagalkan...

Padel>>
Lu salah Padel...
Bapak gua bukan pemilik kedai runcit dan tak pernah melibatkan diri dengan perniagaan secara serius selain menjual hasil-hasil kebun je...

Min>>
Haha... terima kasih la Min... Kau pun berbakat gak, tapi dalam bidang pembinaan, penulisan, pengalaman dsb...

Don>>
Bukan setakat Pizza Redz, RFC, Mc.R segalanya aku bukak nanti... Dengan lebatnye aku bercakap...

Salikin>>
Jangan salahkan akau atas kegemukan kau...
hahaha...

poyotito said...

peh!!sosej tu gua pun pernah jual beb!memang masyuk..
tapi bila dah ramei jual jenuh nak cari market..terpaksa promosi sos la, beli 5 free 1 la..




jual rokok juga yang maintain.

matju0206 said...

sori sbb slowkan perniagaan finare...
hahahaha...

idup ko-op...
sape nak beli burger????
wawawawawa...

lah said...

koi tggu maggi..xpon nok pecoh duet buat gayut..pergh!
nostalgia silam paranawei!