Tuesday, July 14, 2009

Ape la pulak alasannya?

Salam Alaik...

"Kemenangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di DUN Manek Urai memang tidaklah memeranjatkan... Apa yang memeranjatkan, kemenangan dengan majoriti 65 undi SAHAJA... Apa kes? Adakah itu menandakan kepercayaan terhadap PR amnya dan kepercayaan kepada PAS khasnya semakin menyusut?

Bukan faktor 65 undi itu yang aku nak kupas, tapi apakah alasan yang akan mereka beri, tidak kira pihak PAS atau pihak BN? Pihak PAS, mesti pada awalnya akan mengucapkan syukur kerana berjaya menang... Tapi kalau ditanya tentang 65 undi itu, mesti diorang akan kata 'BN main tipu', 'BN main duit' dsb... Betul ka? Ada bukti ke? Hehe... Serius aku bukan penentang PR, dan aku juga bukan penyokong BN... AKu hanya sekadar memerhati pergerakan politik...

BN, bila kalah, kita dah dapat agak apa yang mereka akan katakan... Contoh, 'kami dapat menerima kekalahan ini dan akan membuat bedah siasat'... Dan apabila PAS menang dengan 65 undi, semestinya mereka akan mengutuk PAS dan bangga setelah berjaya menyusutkan majoriti PAS dari 1000 lebih kepada 65 sahaja..."

Sebenarnya apa yang aku cuba cakap nie? Haha... AKu sejak duduk India nie memang dah tak kreatif dalam menulis hal politik atau isu semasa yang berkaitan dengan tanah air yang aku sayang... Sebenarnya aku dah takde idea nak tulis tentang isu politik... Kadang-kadang ada idea tapi malas nak tulis takut nanti disalah erti...

Tiga perenggan pertama aku kat atas nie, sekadar suka-suka... Bukan bermaksud yang sebenar... Sengaja aku nak uji aku punya cara penulisan... Nampaknya memang cara aku menulis dah jadi macam haram... Tambahan pulak aku dah kata aku nak bersara dalam bidang penulisan politik... Lagi pun aku dah ada kontrak dengan orang atas... hehe... Sila faham...

Ok, berbalik kepada hidup peribadi aku... AKu baru baik dari demam kali ke-6, dalam masa 5 bulan aku kat India... Hehe... Giler punya imun... AKu pun pelik... Homesick, kot... haha... Takpe, Redz, bulan depan ko balik... haha...

Cukupla mencarut... Aku nak pergi makan kat Hot Spot... Makan ayam golek... haha... Seronok weyh... Melayang lagi duit aku 120 Rupee... Eish...

p/s: Terima kasih kepada manusia yang komen dalam entri PPSMI atau PPSMM... Aku terima semua pendapat... Tapi aku tetap dengan jayanya menyokong tindakan kerajaan memansuhkan PPSMI... Tapi aku tetap berharap subjek BI dimantapkan dengan semantap-mantapnya...

5 comments:

Henshin said...

huhuhu...baru baik dpd demam ye bang..shiannya dia...hahaha!

PAS menang di manek urai..itupon buah ati ako msj ako..tapi ako smpt gelak sbb PAS mng cuma 65 undi..

tapi oklah tu, dah mng kan, ucap tahniah laa kat yg menang tuu...buat yg kalah, cube lagi PR depan..

aku malas nak komen pasal politik..penat laa...just nak ckp ako tggu ko kat jengka..buko poser sesama...

Monsieur Anonymous said...

aish..
sibook plitik Malaysia gak ke??

Don Balon said...

:)
kalah menang itu adat..
tapi pilihanraya bukan bolasepak..
aku pilih Real dan kau pilih Man U..
pilihanraya itu gelanggang memilih pemimpin..
betul pilih sejahtera hidup..
silap pilih kompom melingkup..
kuikui

ijan said...

ok apa. aku bila cuba je nak tulis pasal politik terus tak jadi apa2. last2 tak publish pun...

iszaid said...

Asal ko tak publish?!

Jap, aku pon tak publish gak.. meh nak dengar rahsia Redz camner dier bleh publish pasal politikus.. ajar r kitorang camner nak buat...

SOS..SOS...SOS...SOS...SOS Tomato...