Salam Alaik..
"Pernah ada rasa cinta antara kita kini tinggal kenangan.. Inginku lupakan semua tentang dirimu, namun tak lagi kan seperti dirimu, bintangku.."
Haha.. Lagu yang menemani aku ketika aku menulis entri ini.. Best jugak menjerit menyanyi sorang-sorang dalam bilik depan laptop.. Apa aku nak cerita kali nie eyh? Pffftt.. Payah jugak bila bagi komitmen untuk tulis blog setiap dua hari dan pada masa yang sama ada komitmen untuk tidak menyebut tentang politik (Rujuk entri 17/07/2011)..
Memandangkan aku mulakan entri dengan lirik lagu, jadi aku terfikir untuk menulis entri tentang lagu.. Dalam playlist aku ada banyak lagu (2000 lebih), dan daripada banyak lagu tue, ada kurang lebih 20 lagu biasanya apabila berkumandang akan menyebabkan memori aku melayang kepada suatu peristiwa.. Maknanya lagu tue penting la..
Hari ini, aku akan kongsi sedikit kenangan itu.. hahaha.. Payah nie aku nak kongsi hal peribadi dalaman aku untuk sesiapa sahaja yang baca blog aku.. :P
Lagu pertama aku nak kongsi ialah 'I'm Yours'.. Pada firasat aku korang mesti agak lagu ini berkaitan dengan cinta.. Maaf, salah! Hehe.. Kalau tetiba lagu nie dimainkan dalam playlist aku maka aku akan teringat satu malam, di Intec.. Hahaha.. Masa tue aku tengah online dalam bilik aku sambil pasang playlist.. Lepas tue, keluar daripada biru out of the blue, ada seorang Mamat mesej aku ajak lepak kat luar.. Luar tue, bukanlah keluar hostel Cemara, tapi cuma keluar bilik.. Aku biar je la lagu terpasang..
Dia ajak aku lepak kat belakang bilik aku, betul-betul bertentangan dengan taman rekreasi berhampiran Cemara.. Masa tue dia sengaja ajak aku berborak.. So, aku ok je.. Lagipun aku agak eksaited nak berborak dengan dia.. haha.. Dah duduk kat belakang tue, aku open sebatang rokok, seperti biasa.. Dia tiba-tiba keluar jugak rokok, jenama L&M.. Aku serius tak pernah expect dia merokok.. Bila aku tanya, dia baru start sebab stress dengan 'relationship' dia dengan awek dia.. Hehe.. Bila dia nak mula cerita tentang awek dia tue, maka playlist aku tetiba memainkan lagu I'm Yours..
Kenapa hal ini signifikan? Haha.. Aku pun tak tau.. Tetapi setiap saat berlaku pada waktu tue memang ada dalam memori aku.. Mungkin muka Mamat tue macam Jason Mraz kot.. Aku sempat rapat dengan dia sekejap je.. Sebab masa tu dekat nak habis AUSMAT dah.. Budak engine, tapi hati nak jadi dokter.. Berbeza dengan aku, budak Medic, tapi otak lebih kepada 'engine'.. Dunia, dunia..
Lagu Kedua yang aku nak share ialah 'My Heart' dan 'Berdua Denganmu'.. Lagu nie semestina fames waktu aku SPM dulu.. Macam mana lagu nie boleh mendapat tempat dalam kotak memori aku? Hahaha..
Masa aku SPM, sekolah aku dah macam takde undang-undang.. hahaha.. Kalau ada pun, penguatkuasaannya lemah dan terhad.. Ketua biro disiplin pengawas (baca 'aku') pun smoking masa tue.. Henfon dihalalkan penggunaannya ketika SPM.. Maka, bebudak (baca 'aku') akan menggunakan henfon untuk SMS keluarga dan awek.. Hahaha.. Maka, aku selalulah bermesej dengan Minah nie, dulu (baca ex-Awek)..
Aku tak kata bahawa di kala SPM aku duk bercinta etc.. Cuma aku telefon Minah tue, dan SMS tatkala malam-malam waktu zon SPM dulu.. Dan pada satu malam, sebelum kertas Sejarah tak silap aku, aku telefon la Minah nie.. Aku pun tak ingat apa isi aku borak.. Maklumlah, bila bercinta, apa yang diborak tak penting.. Yang penting 'berborak'.. Maka, tatkala aku berborak dengan Minah tue, di depan dorm L01, aku terdengar lagu yang bebudak nie pasang sambil study dalam bilik.. Dan lagu tue My Heart dan Berdua Denganmu..
Sampai sekarang, bila aku dengar lagu tue, aku teringat zaman-zaman bercinta SPM dulu.. Hahahaha.. Bengong..
Lagu Ketiga yang agak signifikan ialah lagu 'Jika Kau Bercinta Lagi', Alleycats.. Lagu nie aku dengar/nyanyi masa aku balik Malaysia Ogos/September lepas.. Waktu tue cuti raya.. Tarikh 6 September bermula kronologi indah.. Drama berakhir sebulan lepas tue kot.. Dan lagu ini mencelah ketika aku dah nak balik Manipal, beberapa hari sebelum aku bertolak ke Manipal..
Beberapa hari itu merupakan hari yang berat.. Bait lagu yang berbunyi 'selamat tinggal, aku mengundurkan diri' aku gunakan untuk
Wall Photo dan Status Facebook aku sepanjang beberapa hari sebelum berangkat ke Manipal.. Boleh tengok sendiri.. Bait lagu tue memang kena la dengan diri aku yang terpaksa meninggalkan Rumah aku, atapa rumah aku, keluarga aku, Jerantut dan Malaysia untuk ke Manipal.. Sedih woo..
Dan selain dari itu, aku terpaksa 'selamat tinggal aku mengundurkan diri' kepada seseorang.. Dan seseorang itu kini 'tinggal kenangan'.. Lagi Jika Kau Bercinta Lagi nie memang 'serampang dua mata', atau 'membunuh dua ekor burung dengan satu batu'.. Cukup la cerita tentang lagu sampai sini.. Menulis bait lagu Alleycats nie dah cukup membuatkan aku rasa nak berhenti menulis sebelum bersepahan lagi rahsia aku akan bertebaran.. Hahaha..
Dan, sampai sini dulu.. Ada masa nanti aku tulis lagi beberapa lagu.. Ok?
p/s: Aku korek entri lama aku untuk cari beberapa bahan.. Lepas tue aku jumpa
entri nie.. Bila tengok balik, kebanyakan yang aku pernah jawab tak sama dengan realiti yang pernah berlaku pada aku.. Soalan tue kebanyakan pernah belaku kat aku selepas tue..