Wednesday, August 27, 2008

Malam Selepas Test Bio...

Salam Alaik...

Topic Test 4 Bio telah berlangsung dengan amannya... walau terdapat banyak kekeliruan dan penghentaman ke atas jawapan, aku masih boleh menjawab semua soalan... Jika teruk keputusan ini, maka adatlah, baru mula study semalam... Kalau bagus, maka itulah nikmat Tuhan...Syukur pada-Nya... Penat kalau lepas memeras otak, hendak pulak lepas jawab Bio, lagi la...

Habis test, aku, dan Azrul teman Hanis di depan dewan kerana motornya kehabisan minyak... Maka, Humam lah pulak bersusah payah membeli minyak... Sepenungguan kami, sempat berborak dengan madam Lili... Maka diceritakan akan kekeliruan soalan periuk kera, maka Madam Lili gelak pelik... Mungkin baginya itulah soalan yang senang... huhu... Setibanya Humam, maka diacukan masalah ketiadaan botol, maka kami berempat pon bergerak selembab semut, Humam tolak motor Hanis, Aku dan Azrul lepak naek motor layan angin malam...

Esok, test Math pulak menjelma... Seperti biasa, langkah study serius masih belum digerakkan... Bukan aku tak tau yang Math adalah subjek yang paling teruk kat INTEC nie, tapi bila dah malas... Lagi pon, kalau aku study pon, macam boleh jawab jer... Balik-balik banyak ak tempat kosong... Stress aku... baik aku tido awal malam nie, regain Energy lepas test Bio...

Petang tadi, aku buat perbentangan Malay Study, In-depth study tentang terapi gen... Haha...kul 1330, aku pergi print bahan Malay, dan buat slaid... Slaid yang aku buat pada jam 1400 aku guna pada jam 1500... Kiranya, aku ambik 1 jam 30 minit untuk siapkan segala-galanya... Pakar last minute la katekan...Aku sempat baca secara pintas tentang terapi gen sebelum aku bentang... Punya cetek ilmu tentang terapi gen nie... Selamat ada draf Mustakim, boleh aku cilok idea...

Dan, hari ini, aku berasa amat marah, tapi tak stress bila melihat seorang yang pernah suatu masa dahulu menjadi kawan baik aku, kini macam bangsat... Aku selama ini memang tak pernah marah walau pon sekelumit pada orang lain, tetapi kat budak nie, memang aku panas... Setiap kali dia bersuara memang menyakitkan hati,... Entahlah, perasaan aku je kot... Bukan ape, kalau bengang dengan aku, jangan sampai macam ie...Dah... Cukup... Habis dah marah...

Anyway, kepada pembaca blog aku, boleh lah doakan kejayaan aku dan rakan-rakan se'Sydney'ku dalan test Math esok...Aku dah nak tido...

Bye, Maas Salamah...

2 comments:

HAMIDI BIN SARIF said...

huh aku pun ari ni ada test amalan ikthisas, agak memenatkan , bermacam2 prosedur perlu dingat , aku terpaksa menggunakan kemahiran gorengan aku bagi menyiapkan naskah jawapan aku, huhuh kalau ko nk yau kalau QS ni test terutamanya mcm ari ni aku just diberi 1 jam utk mengira piling work huhuh , papalaeh bapok x cukup masa lah weh , huhuh lps ni aku akan aktif balik

Anonymous said...

Well said.