Friday, April 17, 2009

Incredible India dari Pandangan Aku: Bahagian 1

Salam Alaik… 

Apa yang kali ini aku nak cerita? 

Haha... Kali ini aku nak cerita tentang beberapa perkara yang agak menarik yang selama ini sentiasa bermain di minda aku... 

Untuk pengetahuan korang, kat Kasturba Medical College (KMC), tempat kitorang belajar, ada dua buah muzium: muzium anatomi dan muzium patologi... 

Muzium anatomi memang antara muzium yang terngeri yang pernah aku tengok... Kenapa? Haha... Penuh dengan organ-organ manusia yang sebenar yang diletakkan dalam balang... Macam-macam ada... 

Antara yang terngeri pernah aku tengok ialah baby yang ada satu mata... Banyak woo... Ada la lebih 4 orang baby macam tue... Spesies dajal kot (just kidding)... Itu ok lagi kot... Ada satu kotak kaca besar, die letak mayat orang yang dah diawet... Tak seram pun, tapi muka die memang tak bleh bla... Haha... Kesian die... turutan pembesaran embrio dan fetus pun ada... Giler la... Mana la die dapat benda tue...

Dalam muzium tue, banyak lagi yang ngeri… Aku malas nak cerita sebab aku dah lupa… Aku masuk sekali je kot… Ingat nak masuk lagi, tapi tak berkesempatan… 

Apa yang pelik yang aku nak cerita tue sebenarnya ialah: 

Kenapa ramai yang masuk melawat muzium tue ramai dari golongan orang kampung atau orang kebanyakan? Pelajar pun tak ramai masuk... Setiap hari memang penuh la muzium tu dengan orang luar... Kalau pelajar sekolah ok lagi, tapi yang datang mak cik-mak cik, pak cik-pak cik dan orang-orang dewasa yang jelas dan nyata dari kalangan orang kampung atau orang bandar yang berada di sektor bukan profesional... Tengok la sendiri gambar nie:

Bila lagi Malaysia nak jadi macam nie ha? Rakyat yang cintakan ilmu... Kebanyakan rakyat kat sini suka akan ilmu, tetapi tidak berpeluang untuk pergi jauh... Entri ini 100% dari pandangan semata aku...

8 comments:

~Cinta Cukulet~ said...

haha sama jelah kat cam kat USM ni..muzium anatomi tu kalau penuh pun bila pelawat datang. selalunya sunyik je..err..kalau masuk sorang2 seram gak hahaha

dzul said...

gamba xde..?

.b.e.d.d.y. said...

aq sgt teringin nk msuk..
hehehe..
especially klu ad baby mate satu..
:)

Lah said...

x jmpe kajol ke stu?

Monsieur Anonymous said...

eeeeeeeeeeee.....
takut nye sy..
huhu~

anum farida said...

kajol nk masuk ngan aku...
+ srk skali...
hahahhahahha

Redz da Tsar said...

Cukulet>>
Kat sini hari-hari penuh.... Yang jadi isu, muzium tue dipenuhi dgn golongan marhaen

Dzul>>
Gamba? Nanti aku melawat lagi sekali aku letak k...

Beddy>>
Haha... Kat UKM takde ke? Cyclopotia tak silap aku...

Lah>>
takd plak aku nampak...

Portgas>>
Haha... Tak yah takut... bukan ko tgk pon...

Anum>>
haha... aku nak tgk setakat mana dato' n kajol nak masuk dgn ko

.b.e.d.d.y. said...

kt ukm klu ad p0n msti bkn kt main campus..
pastinye d kampus kl d mana letaknya student medic n adek beradek nye..