Tuesday, August 19, 2008

Hari-hari pertama cutiku


Salam alaik…

Dalam post kali ini, aku nak compile kan cerita aku sepanjang 4 hari bercuti…

Sabtu:
Aku memulakan cuti aku dengan bergerak ke Kuala Terengganu… Seawal pagi, aku begerak ke Kuantan untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu aku, Eddy namenye… Kat situ aku brjumpa dengan sepupu-sepapat aku… Ada Da, Pak Long n family, Embung n Family, Cu n Family dan tidak ketinggalan Mak Tam n family… Agak bagus la jumpe dengan diorang nie… Hurm, adat la kalo berjumpa… Memang banyak gossip dan segala jenis krisis ada… Lantak la… Diorang da besar, pandai pikir mane baek n mane buruk (Sazzul 2006)… Pas kenduri, aku dan family bergerak ke Kuala Terengganu dengan grand livina akak aku… Perjalanan yang memenatkan… Singgah kat Monica Bay (Teluk Mak Nik) kat kemaman untuk beli keropok sket…Dan, dalam kul 6.30, sampai la aku kat Rumah Tumpangan Yaseen, KT… Dapat bilik sebelah bebudak pompuan yang terdiri dari Pengkid… Hahah… Tapi, pengkid pon cun gak… Pelik aku, da cun pon nak jadi pengkid gak? Sempat lagi la aku cube ngorat… Tapi, sapelah aku, kan? Malam tue, jalan kat Mydin terbesar kat Malaysia… Beli baju melayu raya kaler BN… Haha… Belum pose dah shopin raye… Teruk betul…Malam tue aku tido kat bawah… sebab katil penuh… ok la…

Ahad:
Pagi ahad, macam biasa… Aku bangun agak lambat selepas tido subuh… Pas mandi, aku beli breakfast dengan akak aku sebelum aku menghantar akak aku yang lagi satu pergi ke Institut Perguruan Kuala Terengganu… Dalam jam 11am, aku dan family bergerak pulang ke Jerantut… Dalam perjalanan, kitorang berhenti di beberapa perhentian termasuk Monica Bay untuk membeli stok keropok baru… Begerak ke Pahang, kami singgah di Hentian LPT Gambang… Tukar driver kepada aku… Membawa Grand Livina di Highway memang berbeza… Aku dapat rasakan daya tujahnya, dapat rasa kehebatan enjin 1.3L-nye… Dalam perjalanan tu, aku Berjaya memecahkan rekod sendiri dalam pemanduan kereta, iaitu 150km/j… Agak laju la… Sampai di Jerantut, akulepax jap sebelum melepak dengan Ahmad dan Zimi… Ingat nak ajak Firmad n Pizul, tapi diorang semua kat Kuantan and KL masing-masing… Bizi memanjang diorang, nak2 lagi Pizul… Malam aku melayan kehoduhan permainan Chong Wei sebelum aku lepak dengan Ahmad n Zimi maen badminton…Selepas tu, aku dan abang Long melayan Manchester United vs Newcastle yang aku malas nak cerita sebab MU maen macam sial… Seri 1-1… Takpe… Standard la tue… Hero mane boleh naek awal-awal…

Isnin:
Pagi yang sama seperti dulu, bangun pukul 11am… Pas mandi temankan ayah aku tukar hak milik tanah di Cheka… Masuk bilik A.D.O., ADO tu tanye aku, “adik ni umur berapa?”… Aku jawab 19… ADO balas, “Owh, bukan ape, ingatkan 16 tahun tadi… Budak bawah 18 takleh ada tanah sendiri”… Pegh, bangga giler… Maka, terbukti muka aku macam dak 16 tahun… Heheh… Tahniah untuk aku… Balik dari pejabat tanah, aku memulakan istiadat menaikkan bendera dengan Ahmad n Zimi… setelah berpenat lelah, bertarung dengan miang serai, membocorkan selipar, akhirnya, diiringi lagu negaraku, bendera tue kini bebas berkibar di Taman Koperasi…

Bendera yang telah aku naikkan sempena Hari Kebangsaan ke-51


Habis tue, aku n da geng pergi JPN, ambik IC baru aku… Puas hati la tgk gambar… Tak la selenge sangat… Balik jap sebelum keluar selepas Asar untuk mencuci mate di TF Value Mart… Aku survey sweater jer… Kul 6.30, aku maen badminton… Malam pulak, aku jejalan dengan 2 orang mangkuk ayun tue sebelum melepak di Taman sambil suck2 kok… Kul 12, aku balik sebelum aku keluar kembali jam 1am-3am ke rumah member aku…Kat sane, aku buat aktiviti yang sehat dan menguji stamina iaitu…….Rahsia la….hahaha… Isnin, tamat…

Selasa:
Aku dikejut awal pagi untuk ke Lipis, menyelesaikan pemindahan hak milik tanah akak aku... Aku bangun dengan muka yang tak redha sebab tak cukup tidur... Sepanjang perjalanan, aku tidor jer... Balik ke rumah dalam kul 12pm... Sekejap jer... Dalam kul 2.45 pm, aku bercadang untuk menderma darah... Selepas membuat lesen mak aku, aku dengan bangganya pergi ke Hospital Bandaraya Jerantut untuk menderma darah... Sesampai kat hospital, seperti biasa, bilik derma darah kosong, kecuali kakitangan diorang... Aku mintak borang dan isi.. Disuruh aku ke bilik Dr. untuk check tekanan darah dan berat... Aku pon pergi... Diperiksanya tekanan darah aku, dan, seterusnya: TEKANAN DARAH AKU TINGGI!!! Pegh... Terkejut aku... Aku pon disuruh berehat... Setelah aku berehat, dan jantungku masih lagi gagal dikawal, aku diperiksa sekali lagi... Dan, KEPUTUSAN TETAP SAMA, tekanan darah aku tinggi... 167/103 tak silap aku... Wallaweh... Kena darah tinggi ke aku? Aku pon terus blah setelah dinasihati untuk datang sekali lagi esok... Aha, mampus aku nak datang lagi.. Aku takut, esok aku datang, pastu darah aku tinggi lagi, dan aku kena HYPERTENSION!!! Pegh... Dah la tulih blog... Baek aku rilekkan diri... And stop smoking!

4 comments:

Rahimin Idris said...

rumah aok kat taman koperasi ke? kenal duan? ayah dia jual apam balik tu?

Anonymous said...

kan aku dah tulis profile ko....
nak lagi ke? jap2 aku edit...

chika said...

wuish.
kna darah tinggi???
isk.
sila jaga kesihatan anda dgn baek.

Redz da Tsar said...

rahimin>>
x bersps kenal la... Aku dok jerantut tym cuti jer... Kenal muke mungkin la kot/...

Pujangga arjuna>>
Thankz...

Chika>>
Haha...Akan ku cuba utk jaga kesihatan...