Tuesday, December 22, 2009

Benda Macam Tue Pun Boleh Hilang? Hurmph...

Salam Alaik...

Cuba bayangkan, korang ingin poskan motor korang menggunakan khidmat pos laju kepada kawan korang yang berada kira-kira 400km dari tempat korang... Dan tiba-tiba, ya, tiba-tiba motor tue dilaporkan hilang dengan jayanya... Apa komen korang?

Adakah korang akan menyalahkan Pos Laju yang tak efisien? atau menyalahkan diri sendiri kerana menggunakan khidmat Pos Laju yang korang dah lama agak tak efisien? atau nak salahkan kawan korang sebab mungkin kawan korang tue dah dapat motor tue, tapi pura-pura kat dapat?

Hehe... Banyak kemungkinan nie... Tapi bukan kisah motor yang aku reka nie yang aku nak fokus, tapi kes lain, yang lagi berat iaitu kes kehilangan enjin Pasawat Tempur F-5E milik TUDM...

Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana enjin yang bernilai 10% daripada 'komisyen yang dikhabarkan diberikan kepada orang tertentu sebagai usaha membantu membeli Scorpion' itu hilang? Sapa yang patut disalahkan?

Kenapa enjin yang sekurang-kurang sebesar dua kali almari baju rumah aku itu boleh hilang... Bukan sebijik, tapi dua bijik... Hilang pulak masa proses penghantaran... Kena rompak ke?

Ahli teori konspirasi menurut BH menyatakan kemungkinan enjin itu dibawa ke luar negara dan akan kembali dibeli di negara ini... Dan, sapa yang akan beli? Petani? Peneroka? Petronas? Atau TUDM? Hehe... Suspen giler.... Ini berdasarkan ahli konspirasi dalam BH... Aku tak komen ape-ape... Modus operandi nampak mudah dan sangat bagus... Hehe... Tapi, teori tetap teori, kan?

Prinsip birokrasi pun gagal menghalang kejadian ini... Ape kes? Katanya birokrasi penting dalam melakukan sesuatu perkara lebih sistematik? Adakah ini hasilnya?

Jagalah barang tue elok-elok... Owh, lupe, duit tue duit cukai dari rakyat... Tak kesah la hilang... Bukan gaji Pegawai TUDM pun... Takpe la nak hilang... Tak rugi ape-ape kepada Pegawai TUDM itu...

Aku nak salahkan tukang hantar Enjin tue la.. Ape kejadah dia buat sampai hilang? Rasuah ka? Haha... Serahkan kepada SPRM la...

Kesimpulan: SIla jaga barang anda betul-betul agar tidak kena kutuk dengan aku... Hurmph...

Sumber: http://bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20091222201821/Article/index_html

10 comments:

JJ KRN said...

mungkin yang tukang hantar tu seorang mat rempit sejati.
(*&^%$#$%^&*()

drAmirul said...

ni nak mencarut sket..
kalu enjin moto pulsar aku pun sush nk hilang,inikan pula enjin jet..macam curi biskut jer

Aku Anak Pahang said...

Nak komen salah tak komen salah..yang pasti rakyat ditipu hidup2 dalam kes bergini....perlukah rakyat disalahkan rakyat ttp didahulukan. Jadi jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah jelak mainan kotor sesetengah drp mereka.

Cob Nobbler said...

Hari tu Cyril Simply Magic ada datang..nkoram pegawai imigresen tak check ke?

Hashim Zabidi said...

Sikit hari lagi, datuksri depan depan datinsri pun boleh hilang, kalau beginilah caranya kerajaan kita berdiplomasi...

saharul said...

ni mesti ade yg tak kena dlm pentadbiran, dulu takmboh pulak kecoh2...tapi sekarang ni dah top pulak....kot2 kes dengki mendengki atau kawan makan kawan atau nak tutup rahsia atau....atau....entahlah...tapi kot manapun, sepandai2 tupai melompat, kena tembak jugak....hehehe

mazru said...

Mesti ade yg tak kena..try tengok bomoh arr,kot2 boleh jumpe jwpan masa tilik dlm air..kekeke

farah azmi said...

haha. lawak kot kes ni. pastu ttuutt2 nak blame mereka yg bpangkat sarjan dan ke bawah. mcm tak logik je sarjan ley turunkan sign.

hans said...

tahu xper
bukan besar pensil enjin tu
besar kut
dan mesti hari2 akan ada orang check bahagian inventori
semua ni rasuah

Hakim said...

depa ni duk tgkp ikan bilis ja..
ikan jerung kat atas nu depa mana berani nk tgkp..