"Sahaja aku solat Subuh 2 rakaat dijamakkan dengan Zohor jamak 'takdan' kerana Allah"
Kebanyakan muslim mesti ada jugak yang tak sengaja terlepas solat Subuh kerana tilam dan selimut yang empuk di samping bantuan setan untuk tidur lama dan tak tersedar-sedar atau nama pendeknya, tido mati...
Aku mengaku jugak yang aku kadang-kadang tido mati tak terjaga walaupun jam loceng hatta 'call' dari orang yang tersayang jugak... Jadi, dalam situasi ini, apa yang patut kita buat? Hehe..
Jadi, sebelum aku berkongsi lebih banyak, aku cuma nak bagitau yang entri aku nie berasaskan kata-kata Ustaz aku masa kat sekolah dulu... Aku cuma malas sket nak mencari dalil atau nas Quran Sunnah, atau pendapat imam-imam yang empat dalam mengupas isu ini...
APa yang paling penting, apabila kita terlajak atau terlepas solat Subuh kerana tertidur, maka hendaklah kita solat sejurus selepas kita terjaga, tak kira la pukul 2pm atau sampai asar sekalipun... Jangan tinggal langsung... Kalaulah kita bangun pukul 1.30pm, maka itulah subuh bagi kita... Jangan pulak kata, 'Ala, dah miss subuh, takyah solat la'...
Dan, perkara ini hanya bleh diaplikasikan kepada sesiapa yang 'tertidur' dan tak bangun-bangun sewaktu subuh... Kalau tersedar dalam waktu subuh, tapi tido balik, itu aku tak berapa pasti... Tanyalah yang berpengetahuan dalam bidang ini, dan jangan pulak tanya Vladimir Puttin pulak... Hehe
Dan bukan setakat SUbuh sahaja, kalau tertidur dan terlepas Zohor dsb pun boleh jugak atas tiket 'tak sengaja'...
Amaran:
- SIla jangan pasang niat dari awal bahawa nak tido sampai kul 9.30am dan terlepas Subuh... Kalau pasang niat camtu, maknanya dah sengaja la taknak bangun subuh...
- Niat yang aku tulis kat atas tue bukan niat yang betul.. Mana ada jamak 'takdan', nak-nak pulak jamak dengan ZOhor.. Eish... Ingat, takde jamak 'takdan' dalam solat... Sila jangan memandai buat niat camtu... Niat mudah je kalau terlepas, sama dengan niat yang biasa kita buat
- Solatlah pada awal waktu, itulah yang afdhal... Suruh la kawan atau family kita sembur kita dengan air kalau liat sangat nak bangun, asalkan kita bangun subuh... Kawan-kawan pulak, jangan biarkan je kalau dah tengok member tue hampir terlajak Subuh...
- Sekali lagi aku nak cakap, aku kongsi benda nie berasaskan pendapat Ustaz aku... Kalau sapa-sapa boleh kongsi sumber, bagus jugak... SIla komen... Nanti aku cari sumbernya...
sekadar berkongsi
Wallahu 'alam
KEMASKINI TERKINI:
1. "Barangsiapa yang tertidur atau terlupa mendirikan sembahyang, maka hendaklah dia sembahyang apabila mengingatinya dan tidak dikenakan kaffarah melainkan dengan melaksanakan perkara tersebut. [Al BUkhari (572), Muslim (684)]"
2.Penting jugak bahagian ni..iaitu niat qada solat. Untuk senang bagi penerangan.Ada dua situasi berbeza yang membuatkan niat qada solat berubah.
Situasi kedua:Terbangun lewat bangun subuh, tapi dah masuk waktu zohor..Maka niat solatnya
a. Mereka yang tertidur kerana kepenatan dan terlepas waktu subuh, waktu solat mereka ialah ketika jaga. Ini bagi kes si fulan yg tidak ada sesiapa yg menemaninya.
b. Jika seseorang sedang tidur kerana keletihan dan jika ada rakannya yang jaga hendaklah mengejutkan kawannya itu dgn kadar segera jika waktu solat sudah hampir luput. Ini kerana orang yg jaga hendaklah berusaha menghindari rakannya terlepas suatu kefardhuan BUKAN membiarkan dia terus tidur atas alasan dia tak berdosa kerana keletihan. yang benar ialah yang melihat kawannya terlepas waktu solat itulah yang perlu dipersalahkan.
http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/14/kejut-orang-tidur-waktu-subuh/
4. Terdapat beberapa pendapat dan masalah mengenai perkara ini, iaitu:
a. Menurut Imam Haramain, wajib meniatkan tunai atau qadha’ pada sembahyang berkenaan, kerana tingkatan fardu yang dikerjakan pada waktunya (tunai) dan yang dikerjakan diluar waktunya (qadha’) adalah berbeza. Oleh itu wajib diniatkan tunai ataupun qadha’ untuk membezakan keduanya.
b. Pendapat kedua ini mengatakan bahawa tidak wajib meniatkan tunai ataupun qadha’, kerana sembahyang tunai mempunyai waktu yang berbeza dengan sembahyang qadha’. Lihat pada contoh di atas, sembahyang zohor tunai dikerjakan pada waktunya, sedangakan sembahyang zohor qadha’ dikerjakan bukan pada waktu sebenarnya. Apabila ia sudah dapat dibezakan, maka tidaklah perlu diniatkan ta’radh padanya.
c. Masalah: Seseorang yang mengerjakan sembahyang qadha’ berniat mengerjakan sembahyang tunai, bagaimana hukumnya? Contoh, seseorang itu telah terlepas sembahyang subuh, lalu bila teringat diapun mengqadha’ sembahyang berkenaan. Tetapi ketika melakukan niat sembahyang di niatkan – Sahaja aku sembahyang fardu Subuh tunai…. – bagaimana kedudukkan niatnya itu? Menurut satu pendapat yang diperkuatkan oleh Imam Mawardi, sembahyang qadha’nya itu tidak sah.
d. Menurut Pendapat yang lebih sahih di dalam mazhab syafi’I mengenai hukum meniatkan tunai dan qadha’ – Tidak disyaratkan berniat tunai atau qadhak pada sembahyang.
http://members.tripod.com/ahkam_2/07/qaidahjl.htm
10 comments:
owh,rupa2nya boleh ker?
baru tahu
aku kerap guna sembahyang jamak time balik dari kemaman ke jrt..bukan sebab mudah tapi kemudahan.
masa skolah dulu gitu gak Ustaz ajar.. Thanks for sharing. Good Info
dah bagus aok skang.
bley ke qada' solat?
sbb penah la dgr ustazah kate puasa jek bley qada' solat x leh..konpius neh
Hans: Boleh sangat..
Dzul: Selagi boleh rukhsah, kita guna rukhsah.. Mudah pun satu hal, kemudahan pun satu hal...
Finaz: Sharing is Caring~ Hehe
Min: Sekali-sekala je Min... Terfikir isu nie semalam, jadi buat je la... Alang-alang
Cik Memy: Ustazah aku pun kata macam tue jugak.. Dalam hal nie, ustazah aku kata, SUbuh itu bukan qada' sebab itulah subuh bagi yang tak sempat... Tapi biase la, banyak pendapat dalam hal nie... Ambik la yang mana kita rasa kukuh... Kalau nak lebih tepat, tanya yang lebih berilmu...
Ada mufti kata, boleh qada' solat... Hehe
huhu..
selalu mish!
tapi alhmdlilah..
gnti balik!
Wallah
syukran akhi
=)
No hal la.. La syukran 'ala wajib
syukran atas ingtn
Post a Comment