Sudah 364 hari kita berada di tahun 2009, dan beberapa jam lagi menggenapkan 365 hari kita di tahun yang bakal kita tinggalkan... Meninggalkan satu tahun dan berubah kepada satu tahun yang berikutnya merupakan satu perkara yang tak boleh elak buat masa kini... Pada masa hadapan, mungkin kewujudan mesin masa mampu mengubahnya...
Bila di ambang akhir tahun, kita perlulah melihat ke belakang, dan berfikir apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara sepanjang setahun itu? Adakah kita hanya mengharap sumbangan agama, bangsa dan negara kepada kita tanpa kita balas balik? Tapi jangan risau, kita ada sumbangan kita kepada negara seperti cukai, sokongan kepada bola sepak setelah menang SEA game dsb... Dan apa pula sumbangan kita kepada bangsa dan agama? Tepuk dada tanya minda~
Selain itu, kita kena berfikir dan meneliti apakah visi kita tercapai? Sepenuhnya atau hanya sebahagian? Dan sebagainya... Jika gagal, kenapakah gagal? Bolehkah ditangguhkan misi dan visi itu untuk tahun yang mendatang?
Dan, ketika bertukarnya tahun, iaitu ketika detik 12 malam/12 pagi, 31 Dis/1 Jan, kita kena sudah ada visi dan misi kita dalam menghadapi 365 hari yang berikutnya (366 hari kalau tahun lompat)... Apakah matlamat kita? Jika matlamat tahun sebelumnya masih tidak sempurna, maka adakah kita akan teruskan matlamat itu? atau sekadar biarkan ia dan bangkit dengan matlamat yang baru?
Apa-apa pun matlamat kita, kita kena pastikan bahawa perjuangan kerana Agama, bangsa dan negara itulah yang utama~ Berdoalah mengikut matlamat kita dan hadapilah tahun baru dengan muka yang berseri dan senyuman yang manis... Selesaikan matlamat kita secepat mungkin sebelum tahun 2010 berakhir kerana kita mungkin tak mempunyai tahun baru yang lain~
Sebelum menamatkan entri bagi tahun 2009, aku nak letak beberapa statistik blog aku:
- Tahun nie aku menulis sebanyak 142 entri berbanding 133 tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 9 entri dan 133 entri lebih banyak daripada tahun 2008
- Purata entri sebulan ialah sebanyak 12 entri, dengan entri terbanyak disiarkan pada bulan Disember iaitu sebanyak 19 entri.
- Jumlah entri terendah yang disiarkan selama sebulan ialah pada bulan Ogos sebanyak 3 entri sahaja kerana ketika itu aku kat Malaysia dan tiada sambungan terus internet di rumah
- Blog aku dibuka sebanyak sekurang-kurang 17000 kali, tidak kira oleh aku atau orang lain.
- Blog aku sudah berumur 2 tahun 3 bulan dengan entri pertama pada 6 september 2007.
- Jumlah pengikut, tak kira yang ikhlas atau tak menjangkau 50 orang, termasuk 'pengikut tidur' a.k.a yang follow privately.
Selamat Tinggal Akhir Tahun Masihi 2009 dan Selamat Datang Tahun Baru Masihi 2010
Glory~
Redz der Tsar
(Yang jarang mempunyai visi dan misi tahunan)
http://betheredz.blogspot.com
17 comments:
huhuh..
slmt tahun baru!!!
moga brblogginig dgn lebey baek nxt year!
wah, amat detail yeah!!
pape pon hepie new year bro!!
Selamat tahun baru juge drp kawan...kawan tak buat kiraan lagi nanti senang kawan nak kira juga hehehe...
thun nie new year paling tak bes dalam hidup ku. huhuu.... :(
happy new year redz!
selamat tahun baru..
happy new year
:D
Apa2 pun, setiap kali tahun baru, mesti ada konsert.. heheh..
tentu best sambutan kat india sana tu ...
Happy new year, son
Happy new year, son
selamat tahun baru 2010 redz..
sukses sokmo
selamat menyambut tahun gula naik harga woohooo!
hi Redz, akak ingat akak soran jer yg jarang punyai misi & visi tahunan hehehe.. rerupanya ada geng lak.. well welcome to the club!
Selamat tahun baru..
uisy..siap statistik...hihi...
btw epi new year,,smoga hari mendatang lebh baik dr hr semlm~
Selamat Tahun Baru Masihi bro
Dan Glory-glory man united!!!!!
Post a Comment