Friday, December 25, 2009

Pokok Tanpa Buah

Salam Alaik

Akan aku tanam pokok itu
dengan harapan ia berbuah
lebat sehingga tidak nampak walau daun
hingga rantingnya lendut menanggung buah
dan ku harap buah itu manis
manis secukupnya
agar nikmat kepada aku
dan kepada yang merasainya

tapi setelah beberapa tahun
ku agak ia sudah matang
ia tidak mengeluarkan buah
hanya penuh daun, dan ranting
batangnya kemas, kukuh
rantingnya lurus ringan
aku kecewa

aku maki dan carut kepada pokok itu
aku ugut mahu tebang ia
mahu bakar ia
mahu letupkan ia dengan C4
atau langgar dengan kapal selam Scorpion
atau buat tuduhan bersifat peribadi kepadanya
aku buat macam-macam
kerana kecewa

datang ayah aku
geleng kepala dengan sifat aku
yang tidak sabar
yang tidak bersyukur

ayah aku bawa aku jauh sedikit dari pokok itu
melihat dari jauh
tika tengah hari terik
dia suruh aku perhati dengan sabar

aku nampak
beberapa manusia
musafir barang kali
berhenti di depan pokok itu
duduk dibawahnya
dan menogok air minum
terukir senyum pada mulutnya
dan aku senyum kembali

rupanya apa yang ku rasa tidak berguna itu
ada juga hikmahnya
walau tidak seberapa
tetapi tidak mengapa

ayah aku berkata lagi
jika tidak kau tanam pokok itu
masakan musafir itu tersenyum
atas usahamu
atas jasamu
Lagi bagus pokok itu ada
dari tiada
dan adanya pokok itu tidak langsung menyusahkan kamu
malah memberi untung
walau tidak banyaktetapi lebih baik dari tiada

aku lalu tersenyum dan panjatkan syukur

ps: Teringat pepatah arab, "Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah"... Sapa dapat bagi tema dan persoalan bagi sajak aku nie memang hebat~

4 comments:

Rahimin Idris said...

awesome!

tema alam sekitar haha. buat la apa2 kebaikan. jgn pikir untung material untuk diri je...

Hashim Zabidi said...

Tsar yg geliga,

sebatang kayu yg tidak bergunapun tetap ada ruhnya yang berzikir setiap saat.

cerita paktam saya sebatang pokok yang mandul dikahwinkan dengan mengikat tali dari pokok itu ke pokok yang sering berbuah dengan ijab. "aku kahwinkan engkau pokok kedua-dua ini maka lahirlah kamu akan benih dan baka"

Akhirnya pokok itu berbuah...

Redz da Tsar said...

Min: Hehe... Tema alam sekitar pun boleh la~

Pak Cik Hashim: TQ atas petua... Buleh gune nie nanti~

hans said...

menarik entry ni
tapi selalu kalau amrah2 pokok tu dia berbuah punya