Saturday, September 20, 2008

Mari Belajar Politik Bahagian 2

Salam Alaik...

Setelah kita melihat ciri-ciri seorang ahli politik, kali ini saya ingin mengajar cara-cara mengayakan kroni atau rakan-rakan atau saudara-mara...

Terdapat syarat utama yang perlu dilakukan sebelum dapat mengkayakan anak beranak ataupun waris... Pertamanya, untuk mengkayakan kroni, anda hendaklah menjadi seseorang yang berpengaruh... Sebagai contoh, Pengerusi Syarikat Berhad ke, Ahli Majlis Tempatan ke, Wakil Rakyat ke, Menteri Besar ke, Pengerusi Badan Berkanun ke... Kalau anda bukan dari golongan di atas, saya cadangkan agar anda bersiap sedia untuk melobi jawatan itu... Bukan payah, cuma taburkan wang dan jadilah talam dua muka... Insya Allah, anda akn dapat jawatan tu... Tanpa jawatan tu, payah la anda nak mengkayakan kroni anda...

Syarat kedua ialah anda mesti ada kaitan atau bertanggungjawab dalam sebarang bentuk pelaburan wang, atau penggunaan wang, atau bajet tahunan atau segalanya yang berkaitan dengan wang daripada kerajaan negeri, pusat atau wang dari syarikat anda... Atau dengan kata lain, anda mempunyai kuasa untuk menggunakan wang tersebut...

Nota: contoh prosedur di bawah ini ialah jika anda seorang EXCO kerajaan negeri, berkaitan wang kerajaan negeri untuk kontrak membekalkan kipas angin kepada sekolah-sekolah tadika di negeri tersebut.

Prosedurnye ialah:
1. Apabila mendapat arahan daripada menteri besar untuk menggantikan kipas angin lama di tadika, anda perlu memikirkan kroni-kroni manakah yang anda ingin kayakan... Contohnya anda ingin kayakan Adik anda...
2.Anda hendaklah meminta bajet kepada MB anda setinggi boleh...Contohnya anda meminta bajet RM 10'000 untuk 10 bijik kipas angin...(Nampak logik tak?)
3.Kemudian anda pon mengumumkan tender terbuka di akhbar ataupun Tv... Anda umum sudah la... Anda balik rumah dan bagitau adik anda tentang tender itu....
4.Walaupun menerima banyak permohonan tender daripada pelbagai kontraktor ataupun syarikat lain, anda perlulah buat tak nampak sahaja... Jika ada syarikat A mampu membeli 10 kipas dengan RM5'000, dan adik anda dengan bestnye berkata dia mampu membeli 10 kipas dengan RM10'000 maknanya adik anda seorang yang bijak....
5.Maka, walau apa sekalipun yang datang, anda seharusnya memberi tender itu lepada adik anda...
------5.1. Kalau anda nak kayakan kawan anda sekali, anda boleh la lantik kawan anda sebagai jururunding antara kerajaan negeri dengan adik anda... Pastu boleh la bagi komisyen sebanyak RM2'000 kat jururunding tue...
6.Bila dah confirm adik anda dapat tender, anda kena pastikan adik anda bijak menguruskan modal... Walaupun dalam dokumen tender adik anda berkata 10 kipas=RM10'000, tetapi adik anda mestilah mencari kipas yang murah contohnya 10 kipas=RM2'500.... Tengok, kan dah untung buta RM5'500 (Lagi RM2'000 tue kan dah jadi komisyen untuk kawan anda)...
7.Kipas yang adik anda beli hendaklah semaksimumnya tahan selama 3 tahun (itupon dah kira lama)... Hal ini akan menyebabkan kipas itu cepat rosak...
8.Setelah 3 tahun, kipas tue akan rosak... Dan sekali lagi MB akan suruh anda menggantikan kipas itu...
9.Kemudian, anda ulang kembali step 1 hingga seterusnya... Maka, adik anda akan kaya...

Amaran keras: Teknik ini hanya untuk mereka yang betul-betul kukuh dalam politik jer sebab teknik ini mempunyai risiko kehilangan kepercayaan rakyat, risiko dipecat dari kerajaan, risiko ditahan BPR, dan pelbagai risiko lain... Kalau ada asas politik yang kukuh, risiko-risiko ini dapat dielakkan... Tapi, risiko dengan Tuhan tue, aku tak berani cakap...Pandai-pandai la pikir sendiri...

Amaran lagi keras: jangan amalkan teknik ini!!! Haram hukumnya....

Amaran tak keras: Artikel ini hanya gurauan dan bukan betul-betul sebab YB tak maen la RM10'000... Sekurang-kurang puluh juta... Lagi satu, takkan kontrak kipas kot... Hahah... Paling kurang kontrak sediakan pondok tunggu bas... Kapal selam pon boleh gak (woups!)

Amaran lembut: Artikel ini bertujuan memerli tingkah laku sesetengah ahli politik yang gila harta (gila kuasa tak payah cerita la).... Artikel ini tidak ditujukan kepada pihak pembangkang atau pihak kerajaan, Negeri mahupun pusat... Jika terasa, itu adalah disengajakan...

Aku lagi sekali ingin menegaskan bahawa artikel ini tidak bertujuan untuk menyakitkan mana-mana pihak... Tetapi dibuat sebagai sempadan kepada yang berkenaan... Bak kata orang tua-tua "sape makan cili dialah terasa pedasnya"

notakaki:
Keyboard aku payah la nak gantung... Die melekat kat Lap Top... Gantung Keyboard maknenye gantung Lap top... huhahahah

6 comments:

fakhrullah said...

aok gantung kat telinga je..

poyotito's said...

ah!kita sama2 tunggu game besok!
gua doakan man u kalah..

yoshz said...

pijak mereka2 ni. mcm lipas..

Redzwan Abdullah said...

scott>>
Tgk la dulu...kAlo telinga koi muat la...

Poyo>>
Hahaha... Man U kalah maknenye Liverpool kena bagi Chelsean n Arsenal lead la...

Yoshz>>
Aku sokong... Pijak, bakar, cincang dan campak dalam lubang jamban...
Hahaha

hamidi said...

hhahah, psl kontrak perbekalan tu , aku tau lah yg ko kata tu x leh jg sb skrg JKR ade iso, lah tp kalau nk main tipu gi tu lumrah lah dlm construction industri ni,
Kalau nk tya psl KOntrak @ procument kontrak aku blh terangkan satu persatu,Biasalah lah ,kalau x buat gitu mcm mana nk hidup

Redzwan Abdullah said...

hamidi>>
thankz for da comment...
Silap aku gak yang memberikan pandangan semata... Haha... nanti ada masa aku berguru dengan ko... Nak tau jugak flow nie...