Monday, September 22, 2008

Termenung ku sendiri...

Salam Alaik...

Hari ini, hari ke-22 Ramadhan... Beberapa minit lagi, masuk hari ke-23... Exam matematik baru sahaja selesai pagi tadi... Aku menjawab pon dalam keadaan beku, sejuk ya amat... Walaupun aku tidur hanya sejam, dari jam 4.10am-5.10am, alhamdulillah mata aku tidak terpejam walau seminit dua dek kerana payahnya soklan Math tue...

Baru tadi aku dapat panggilan dari mak aku, memberitahu aku yang beliau ada membuat solat hajat bersempena exam aku... termenung aku... Betapa rajin seorang ibu bangun untuk anaknya... Tetapi anaknya? hanya menghantar mesej pabila ada exam... haha... Selamat ada juga hantar mesej...

Bila sebut bab solat hajat nie, aku teringat suatu ketika dahulu, sewaktu SPM.... mak aku menyuruh aku melakukan solat hajat, dengan lawaknya aku menjawab 'Ala, Duan jawab soalan, mak wat solat hajat yerk'... Huhu... Senang sungguh kata-kataku terpacul...

Alih topik...

tadi aku ada melawat beberapa blog. setelah gelak kat 5-6 blog (rahimin, sultan, dzul etc), aku melayang ke satu blog rakan blogger aku yang baru... Haha... Aku baca la entri die... nampak Ok pada awalnya... tetapi bila aku selak post2 yang lain, rupanya sentimen politik yang amat tebal... Kutukan merata-rata... Huhu... Adatlah, blog politik.. kalo tak mengutuk tak sah la....

p/s: Adakah blog aku blog politik?

5 comments:

poyotito's said...

blog lu adalah blog salah sorang fanatik man u.

Demang Lebar Daun said...

Harap2 bukan blog Demang ye Wan..? Klau ye, mintak maaf le...

Terharu baca catatan ni ttg seorang ibu.

rahimin idris said...

blog ko tak politik pun. tak salah juga nak menyatakan kebenaran dalam hal politik. asal bukan mengutuk sembrono.

Dzulkarnain Mohamad said...

politik pun tak apa..tp blog ko ni bkn blog politik..blog luahan rasa rakyat terhadap politik negaranya.

Redzwan Abdullah said...

poyo>>
ye ke? Tak la fanatik sangat.. haha..

Demang>>
Bukan blog Demang... Jangan riso...

Min>>
Haha... Thankz... Betul cakap ko... Tapi banyak blog politik kutuk semberono

Dzul>>
Luahan rasa rakyat dan pelajar... Thankz for comment