Wednesday, September 3, 2008

Bosan la menulis...

Salam Alaik...


Nestum segelas untuk sahur


Menjelang laungan azan kira-kira 30 minit lagi maka, ramadhan ke-4 akan menjelma... Sahur aku pagi tadi masih sama seperti biasa dengan kehadiran secawan nestum yang panas bercampur susu pekat manis F&N...


Kehadiran aku ke kelas tidak memberi signifikan sangat kerana tiada unsur yang berjaya menarik aku mencapub...Mata aku dalam kelas sentiasa terang hari ini melainkan tym Listening ESLS... Mungkin bosan mendengar radio mencarut... Huh... Satu perkara yang agak menarik berlaku yang mana tutorial telah ditangguhkan ke Isnin... Alhamdulillah...

Tym Matematik, Puan Yati tak masuk kelas, khabarnya ada berlaku kejadian negatif di rumahnya, kasihan dia... Waktu kosong tue aku isi dengan membaca The Star, tentang kedatangan Berbatov ke Manchester United, Robinho ke Man City dan tokey baru Man City, Dr. Sulaiman Al-Fahim...

Kira-kira beberapa minit nak masuk Bio, aku bergerak ke seat aku dan melihat seorang kawan (boleh kira kawan ker? Tak kot...) aku yang kalut dan memang sentiasa kalut... Serabut mata aku tengok... Huh, konflik dalam diri aku terhadap dia ni memang dalam...


Tym Bio, kami diberi crossword puzzle... OK gak la, ada kepelbagaian dalam pembelajaran... Sekurang-kurang aku semangat nak baca Bio, dan membelek glosari... Selepas solat, datang Puan Faridah... Masuk kelas dan sambung perbentangan... Dalam mendengar perbentangan, aku tertarik pada tajuk Rashid, tentang pengurangan subsidi minyak... Hahah... Macam pergi BTN pulak... Aku diberi tugas menyetelkan In-Depth study yang akan dihantar hari Isnin nie gak... Maka, jadual aku sepanjang minggu ne penuh... Sorry to say... Hahah...


Thankz kepada Hazra, Iman, Mint kerana memberi kad Ucapan Ulang Tahun ke-19 aku... Aku menghargai segala pengorbanan korang membuat kad tue sepanjang masa Malay Study tadi...Hahah...Nice card...


Baiklah, cukuplah setakat nie... Ada satu lagi post dalam draft aku, tetapi aku rasa better aku tak publish, aku taknak kena ban...Hehehe...adios....

ps:Blog aku makin bosan la, setuju tak?

1 comment:

poyotitorres said...

berbatov tu dan 2 kali main injured la hendaknya

HAHA