Saturday, September 27, 2008

Kalaulah aku jadi menteri kesihatan, mungkin tak macam ni jadinye...

Salam Alaik...

_____________________________________________
Nota kepala: kalau anda kesuntukan masa untuk membaca entri ini disebabkan tugasan membakar lemang, atau mengacau dodol, menganyam ketupat atau ingin membuta, fokuskan sahaja kepada poin yang di'highlight'... Tetapi lebih afdhal kalau baca semua... haha...enjoy la...
Pesanan disampaikan oleh Pegawai Perkhidatan Pelanggan
b/p Redz
_____________________________________________

Aku sampai rumah dalam jam 2100, 25 september yang lepas... Memang indah la hidup di rumah... Tapi sampai sekarang aku masih belum merasa keenakan murtabak Jerantut disebabkan oleh kesibukan aku dalam usaha menjadi YAB PM Malaysia ke-6... Haha...

Bukan perkara remeh nie yang aku nak cerita, tetapi aku nak cerita tentang pengalaman aku di hospital Jerantut...

Aku pergi menghantar dan meneman ayah aku pergi memeriksa tekanan darah dan kandungan glukosa dalam darah dia... Aku pergi dalam jam 0900, dan seperti biasa, ayahku dikehendaki untuk mendaftar di OPD atau Jabatan Pesakit Luar... Huh, begitu tertekan aku dek kerana terlalu lama menunggu... Bayangkan, janjinya dalam piagam pelanggan hanya 30 minit, tetapi ayah aku sampai tunggu 1 jam... Hah, mane pergi piagam tue pon aku tak tau... biasa la, hospital kerajaan...

Selesai di OPD, ayah aku pergi ke bilik diabetes untuk ambil tekanan darah dan kandungan gula dalam darah... Di sini aku nak puji betapa berhemahnye lah nurse nie... Ada sorang Pak Cik tak bawak kad Diabetes, pastu tersilap ambik kad orang pulak tu, n then datang kat nurse nak check segalanya... Nurse tu aku lihat dengan penuh kesabaran melayan kerenah pak cik tu...OK, masuk balik ayah aku, tekanan darah dia tinggi, gula dalam darah pon tinggi, jadi, sebagai solusinya, ayah aku akan diletakkan dalam E&A atau wad kecemasan... Sebenarnye tak cemas pon... Ayah aku dah biasa tekanan darah dan kandungan gula camtu... kalau aku yang kena macam tu, boleh pecah pembuluh darah aku...

Di E&A, ayah aku dikehendaki rilex sebentar dan makan ubat sebelum tekanan darahnya sekali lagi diperiksa... Masa tu, aku lepak la kat sebelah ayah aku... Aku tengok kat wad E&A tu macam-macam makhluk ada... Budak sekolah pompuan ada, mungkin kena histeria kot... Ada budak 3 suku... Siap kena ikat kat katil lagi... Ada orang tua yang cedera teruk di kaki... Mungkin diabetes kot... Isyhk... ramai popalih orangnye...

Tetapi, dalam reramai tue, aku ternamapak seorang doktor... Masuk-masuk buat lawak dengan nurse tu, mungkin nak mengorat agaknya... haha... Aku tak kesah die nak buat lawak, tetapi yang aku kisahnye, rambutnye dah jarang di tengah... Sindrom botak tengah dah muncul... Aku tengok muka macam baru nak masuk 30... Aku rasa mungkin jadi doktor nie, kalau umur dah 50 tahun, tetapi muka suci macam baru 30 tahun... haha... Aku rasa doktor yang aku tengok tu sebenarnya dah tua, tapi awet muda... (Aku cuba berfikiran positif)... Aku taknak kalau umur aku baru 29 tahun dah nak botak kat tengah... Hish, tak kuasa aku...

Setelah setel hal di E&A, tekanan darah ayah aku masih tak turun, malah makin naik... Hullamak, hardcore punye pembuluh darah nie... Baru la betul urat dawai tulang besi... OK la, jadi secara automatiknye, ayah aku kena tahan wad... Maknenye, journey aku di hospital belum berakhir...

Malam tue (malam semalam la), aku ditugaskan untuk menghantar kipas kepada ayah aku di wad 4 hospital jerantut... Dalam perjalanan aku ke hospital tu, aku singgah di kedai runcit Hajah Zaleha, kos rendah untuk membeli rokok dan Vanilla Coke... Sedang melayan Coke tue, aku hidupkan enjin kereta aku... Malangnya, enjin itu segan untuk hidup... Cilabai punye enjin... Tym tue jugak tak nak hidup...

Aku pon call YDPA Abang Ipar aku (sebab muka dia macam Sultan Mizan)... Dia sampai setelah aku semapt isap rokok 3 batang... Bapak lama... Kalau nak ikotkan, setenagh batang rokok dah sampai dah... tapi abang ipar aku tak merokok, jadi tak dapat kira la... haha... Sampai die kat situ diperiksa cara pembakaran enjin maka dapat diketahui bateri kereta itu telah kong... hampaih... Tak pasal-pasal abang ipar aku terpaksa tolak kereta tue (selamat bukan aku yang tolak)... Dengan menggunakan kursus kilat dari abang ipar aku cara-cara menghidupkan enjin ketika bateri kong sambil ditolak, aku berjaya juga akhirnya...

Sampai kat hospital lewat sangat, dalam jam 0000... Huhu... tapi takpe, pengalaman yang menarik di malam 27 Ramadhan, dalam hujan dsb... haha... Sampai hospital, aku dapat tahu yang kandungan gula ayah aku telah menjunam sehingga 4mmol/ml... maknenye Hypo la tu... Bukan Blue hyppo tue.. jangan salah sangka pulak... Aku pon hidangkan ayah aku nesvita yang aku menang dulu (rujuk posting yang aku berlari kat Titiwangsa)... Sambil tue aku tunggu la sekejap... Mana tahu dia ada hal ke...

Semasa aku tunggu ayah aku tue, ada seorang pak cik tidak senang duduk... Nurse tue datang n pak cik tu kate yang die nak buang air kecik... pak cik nie sebenarnye kaki baru pas kena potong... So, kena ada bantuan la... lalu, nurse tu kate "sebentar ye pak cik"...

20 minit kemudian...

Huh, mane nurse nie? Pergi jumpa mak cik cleaner ke? Aku pon dengan semangat kesukanan membantu pak cik tue, dengan menghantar dia ke tandas pakai kerusi roda... haha... tak sangka aku sebaik ni... nak harap kan nurse tue? Letih la... Tah ke mana perginye... Siot jer...

dalam kul 2am, aku bergerak la kat umah... Mase lalu kat kaunter wad 4tue, aku terperasan doktor kat E&A ada kat situ... Alamak? Ape kes? Haha... On call la tue... Kan tak dapat tidur malam... Dah la pakai selipar jepun jer, baju kolar bulat macam nak pergi mandi laut... Jeans lusuh... Sempoi la doc...awal2 pagi-pagi kena kerja... Padan muka sape nak jadi doc (umpama ludah ke langit patu jatuh kat muka sendiri)...

tamatlah kisah aku semalam... kalaulah aku jadi menteri kesihatan, aku tak naik kereta kancil yang bateri dah kong secara tidak aku sedari, aku takkan biarkan piagam pelanggan dirosakkan, aku takkan biarkan pesakit merintih apabila permintaannya tak dilayan nurse, dan aku akan pastikan doktor tak payah ada on call.... haha... habis la pesakit kronik atau eksiden yang sakit malam-malam... takde doc nak tolong... haha....

Dah la tue... Aku nak balik menjengah PARAM pulak nie... nak rasa murtabak sopi... hahah...

Wednesday, September 24, 2008

Kalau aku dapat kereta Mercedes sebuah, aku akan...

Salam Alaik...

Esok, paper last... Malay Study... aku masih berharap aku dapat tidur lena memalam... Baru kini aku mengerti betapa nikmatnya dapat tidur... Huhu... Bagaimanakah makhluk insomnia dapat tahan tak tidur setiap malam? Bosan, borink, tak de ape nak buat... huh...

Baru tadi aku shopping raya... Baju belang-belang... Macam banduan plak... Sesuai la 'Bang Duan'... Haha... Harga pada mulanya ditaruh RM35... Tetapi dengan berkat kesabaran aku, aku berjaya membunuh keegoan brader tue sehingga baju tue menjunam sampai RM27... Nak mintak RM25... Tapi dah tak logik la pulak...

Pagi tadi, aku jawab Chemy setelah berjaya tidur selama 3 jam, dari jam 6am sampai 10am... Hakikatnya memang aku dah jadi kelawar atau dark knight sekarang...Mujurlah Chemy start 11.30am... haha... dan, yang menyedihkan aku, harapan ku untuk A kini hanya kepada Malay Study... Chemy tadi aku tak cukup masa kerana asyik dan menjawab dengan amat sempoi sekali... Tak sangka, selama ni aku jawab Chemy takde la terdesak sangat masa, tapi kali ni memang tak cukup langsung...

Esok, lepas Malay Study, dalam jam 1600, aku akan bergerak ke Jerantut... Balik raya weih.. tak sabar nak berbuka kat rumah... ak sabar nak jamu murtabak Sopi... Tak sabar nak lepak atas atap... Haha... Esok aku balik dengan Zul @ impreza... Aku mungkin sampai kat umah jam 2030...

Malam tadi, Man United menang 3-1 dengan Boro... Gol dari Ronaldo, Nani dan sorang lagi aku tak tau...Alhamdulillah... Walau setan kena ikat sekarang, tetapi Setan Merah dah tunjuk balikk tongkat dia... habis la Arsenal, Chelsea, n Liverpool pasni...

Ini 'mungkin' post terakhir aku dalam bulan september nie... Aku nak berehat panjang kat Umah...Terima kasih kepada semua yang hantar komen dalam post semalam 'Aku sangat'...
Apa-apa pun, kita sambung lepas raya-MUNGKIN...

________________________________________________
Salam Syawal kepada yang membaca blog aku... Kepada makhluk yang terasa dengan entri aku, mintak maaf bebanyak... Kepada yang aku buat salah, aku mohon ampun... kalau ada tak puas hati, datang la umah aku... Boleh kite setel cara Islam... haha... Kepada rakan-rakan blogger, selamat aidil fitri...
________________________________________________

Adios...

p/s sorry entri aku tak tersusun..aku nak pack baang pasnie...haha... so long sucker....

Aku kena tag... Aku nak tag org laen plak...

Salam Alaik


15 Fakta atau Auta…(setelah di tag oleh Chika dan Rahimin)


  1. Aku seorang yang amat sangat rajin belajar... Ini dibuktikan dengan keseluruhan masa aku waktu malam sehingga pagi digunakan untuk belajar dan bukan tulis blog... haha... Logik tak?
  2. Aku seorang yang malas menulis blog.. Ini dibuktikan dengan kemalasan aku mengupdate blog aku... kekadang aku akan update setelah 14 hari tak tulis blog...
  3. Aku seorang yang malas membaca blog orang lain... ini terbukti apabila aku tak suka baca blog orang lain terutamanya Yoshz, rahimin, poyos dsb...
  4. Aku tak suka membazir masa...Ini dibuktikan seperti yang tertera di poin no. 1...
  5. Aku layak jadi Perdana Menteri sebab aku seorang yang berkarisma dan berfikiran seperti seorang Pak Lah... Aku juga seorang yang berhemah inggi, pekerti terpuji, bentuk peribadi nilai yang murni dsb...
  6. Aku sekarang seorang mat rempit.. ini jelas terbukti apabila aku sering merempit dengan kelajuan tinggi sambil mengangkat tayar depan... Sesunggunya aku memang seorang yang disegani...
  7. Aku suka bawak motorsikal macam siput babi... Ini walaupun nampak kontra dari poin di atas, tetapi memang terbukti aku seperti siput sebab bawak motor selaju 80kmj...
  8. Aku seorang yang pemarah sebab semua orang yang aku jumpa akan aku marah tanpa usul periksa...
  9. Aku seorang yang tak ceria sebab aku sentiasa serius... Tak pernah aku gelak ataupun senyum walaupun orang tue buat lawak macam mak nak mati...
  10. Aku tak suka buat lawak bodoh sebab aku seorang yang serius...
  11. Aku tak ada ramai member sebab tue aku seorang lone ranger...
  12. Aku tak nak fly ke Australia - no comment-
  13. Aku tak nak jadi doktor -no comment-
  14. Aku tak nak berenti merokok -no comment- sensitif...
  15. Aku tak cukup tidur mase trial- no comment-

Kesemua 15 poin di atas merupakan auta semata-mata kecuali nombor 15…

Haha... Terima kasih Chika sebab tag aku... Aku nak tag rahimin, yoshz, poyotitos...

Harap mereka sedar yang mereka telah di’tag’... Tetapi Rahimin dan pOyo dah kena tag awal-awal da... Adoh... Rahimin tag aku balik.. walaupun dia mintak 7 fakta tapi aku lari sket tajuk kepada 15 fakta atau auta... Bleh la rahimin buat 15 auta tentang dia pulak pasnie...Aku malas nak tulis panjang sebab aku takde idea... no comment tue hanya sekadar alasan...

Tuesday, September 23, 2008

Aku Sangat....

Salam Alaik...

Malam Sebelum Biologi...

Aku sangat penat
Aku sangat tidak boleh tidur
Aku sangat Stress
Aku sangat lapar

Semasa Biologi

Aku sangat mengantuk
Aku sangat pening kepala
Aku sangat mamai
Aku sangat tidak boleh jawab dalam keadaan begitu

Selepas Biologi

Aku sangat stress
Aku sangat berharap Bio aku tak pergi sampai D
Aku sangat nak tidur awal malam nie

Huhu...
Luahan perasaan... Aku memang tak boleh jawab bio tadi... Kehidupan aku sebagai dark knight memang mengganggu aku... Aku dah dilanda insomnia... Esok Chemy, aku harapkan yang positif... Aku nak pastikan aku betul-betul fit setelah 3 paper sebelum ini aku tak fit...

Math-aku tidur sejam je
ESLS-aku ada interview ka Subang pagi tue, exam petang
Bio-aku tak dapat tidur

Aku kena balas dendam... Aku kena dapat A Chemy dan Malay esok...

p/s: Amaran, sebab-sebab di atas bukan direka sebagai alasan jika aku dapat result teruk trial nie...

Monday, September 22, 2008

Termenung ku sendiri...

Salam Alaik...

Hari ini, hari ke-22 Ramadhan... Beberapa minit lagi, masuk hari ke-23... Exam matematik baru sahaja selesai pagi tadi... Aku menjawab pon dalam keadaan beku, sejuk ya amat... Walaupun aku tidur hanya sejam, dari jam 4.10am-5.10am, alhamdulillah mata aku tidak terpejam walau seminit dua dek kerana payahnya soklan Math tue...

Baru tadi aku dapat panggilan dari mak aku, memberitahu aku yang beliau ada membuat solat hajat bersempena exam aku... termenung aku... Betapa rajin seorang ibu bangun untuk anaknya... Tetapi anaknya? hanya menghantar mesej pabila ada exam... haha... Selamat ada juga hantar mesej...

Bila sebut bab solat hajat nie, aku teringat suatu ketika dahulu, sewaktu SPM.... mak aku menyuruh aku melakukan solat hajat, dengan lawaknya aku menjawab 'Ala, Duan jawab soalan, mak wat solat hajat yerk'... Huhu... Senang sungguh kata-kataku terpacul...

Alih topik...

tadi aku ada melawat beberapa blog. setelah gelak kat 5-6 blog (rahimin, sultan, dzul etc), aku melayang ke satu blog rakan blogger aku yang baru... Haha... Aku baca la entri die... nampak Ok pada awalnya... tetapi bila aku selak post2 yang lain, rupanya sentimen politik yang amat tebal... Kutukan merata-rata... Huhu... Adatlah, blog politik.. kalo tak mengutuk tak sah la....

p/s: Adakah blog aku blog politik?

Hadoh.... Stressnyer...

Salam Alaik...

Aku tak stress sebab man United seri dengan Chelsea, tapi aku stress sebab aku tak dapat tidur lagi... Dah pukul 3am tapi mata tak bleh nak pejam padahal esok aku ada exam Math kul 7am... Tolong aku....

Aku nak tidur...Aku takde insomnia...

Ada petua tak nak tidur cepat dan senang selain daripada baca buku Biologi?

Saturday, September 20, 2008

Mari Belajar Politik Bahagian 2

Salam Alaik...

Setelah kita melihat ciri-ciri seorang ahli politik, kali ini saya ingin mengajar cara-cara mengayakan kroni atau rakan-rakan atau saudara-mara...

Terdapat syarat utama yang perlu dilakukan sebelum dapat mengkayakan anak beranak ataupun waris... Pertamanya, untuk mengkayakan kroni, anda hendaklah menjadi seseorang yang berpengaruh... Sebagai contoh, Pengerusi Syarikat Berhad ke, Ahli Majlis Tempatan ke, Wakil Rakyat ke, Menteri Besar ke, Pengerusi Badan Berkanun ke... Kalau anda bukan dari golongan di atas, saya cadangkan agar anda bersiap sedia untuk melobi jawatan itu... Bukan payah, cuma taburkan wang dan jadilah talam dua muka... Insya Allah, anda akn dapat jawatan tu... Tanpa jawatan tu, payah la anda nak mengkayakan kroni anda...

Syarat kedua ialah anda mesti ada kaitan atau bertanggungjawab dalam sebarang bentuk pelaburan wang, atau penggunaan wang, atau bajet tahunan atau segalanya yang berkaitan dengan wang daripada kerajaan negeri, pusat atau wang dari syarikat anda... Atau dengan kata lain, anda mempunyai kuasa untuk menggunakan wang tersebut...

Nota: contoh prosedur di bawah ini ialah jika anda seorang EXCO kerajaan negeri, berkaitan wang kerajaan negeri untuk kontrak membekalkan kipas angin kepada sekolah-sekolah tadika di negeri tersebut.

Prosedurnye ialah:
1. Apabila mendapat arahan daripada menteri besar untuk menggantikan kipas angin lama di tadika, anda perlu memikirkan kroni-kroni manakah yang anda ingin kayakan... Contohnya anda ingin kayakan Adik anda...
2.Anda hendaklah meminta bajet kepada MB anda setinggi boleh...Contohnya anda meminta bajet RM 10'000 untuk 10 bijik kipas angin...(Nampak logik tak?)
3.Kemudian anda pon mengumumkan tender terbuka di akhbar ataupun Tv... Anda umum sudah la... Anda balik rumah dan bagitau adik anda tentang tender itu....
4.Walaupun menerima banyak permohonan tender daripada pelbagai kontraktor ataupun syarikat lain, anda perlulah buat tak nampak sahaja... Jika ada syarikat A mampu membeli 10 kipas dengan RM5'000, dan adik anda dengan bestnye berkata dia mampu membeli 10 kipas dengan RM10'000 maknanya adik anda seorang yang bijak....
5.Maka, walau apa sekalipun yang datang, anda seharusnya memberi tender itu lepada adik anda...
------5.1. Kalau anda nak kayakan kawan anda sekali, anda boleh la lantik kawan anda sebagai jururunding antara kerajaan negeri dengan adik anda... Pastu boleh la bagi komisyen sebanyak RM2'000 kat jururunding tue...
6.Bila dah confirm adik anda dapat tender, anda kena pastikan adik anda bijak menguruskan modal... Walaupun dalam dokumen tender adik anda berkata 10 kipas=RM10'000, tetapi adik anda mestilah mencari kipas yang murah contohnya 10 kipas=RM2'500.... Tengok, kan dah untung buta RM5'500 (Lagi RM2'000 tue kan dah jadi komisyen untuk kawan anda)...
7.Kipas yang adik anda beli hendaklah semaksimumnya tahan selama 3 tahun (itupon dah kira lama)... Hal ini akan menyebabkan kipas itu cepat rosak...
8.Setelah 3 tahun, kipas tue akan rosak... Dan sekali lagi MB akan suruh anda menggantikan kipas itu...
9.Kemudian, anda ulang kembali step 1 hingga seterusnya... Maka, adik anda akan kaya...

Amaran keras: Teknik ini hanya untuk mereka yang betul-betul kukuh dalam politik jer sebab teknik ini mempunyai risiko kehilangan kepercayaan rakyat, risiko dipecat dari kerajaan, risiko ditahan BPR, dan pelbagai risiko lain... Kalau ada asas politik yang kukuh, risiko-risiko ini dapat dielakkan... Tapi, risiko dengan Tuhan tue, aku tak berani cakap...Pandai-pandai la pikir sendiri...

Amaran lagi keras: jangan amalkan teknik ini!!! Haram hukumnya....

Amaran tak keras: Artikel ini hanya gurauan dan bukan betul-betul sebab YB tak maen la RM10'000... Sekurang-kurang puluh juta... Lagi satu, takkan kontrak kipas kot... Hahah... Paling kurang kontrak sediakan pondok tunggu bas... Kapal selam pon boleh gak (woups!)

Amaran lembut: Artikel ini bertujuan memerli tingkah laku sesetengah ahli politik yang gila harta (gila kuasa tak payah cerita la).... Artikel ini tidak ditujukan kepada pihak pembangkang atau pihak kerajaan, Negeri mahupun pusat... Jika terasa, itu adalah disengajakan...

Aku lagi sekali ingin menegaskan bahawa artikel ini tidak bertujuan untuk menyakitkan mana-mana pihak... Tetapi dibuat sebagai sempadan kepada yang berkenaan... Bak kata orang tua-tua "sape makan cili dialah terasa pedasnya"

notakaki:
Keyboard aku payah la nak gantung... Die melekat kat Lap Top... Gantung Keyboard maknenye gantung Lap top... huhahahah

Thursday, September 18, 2008

Mari belajar politik... (updated 190908-18:21)

Salam Alaik...
_________________________________________
notakepala: “Sebelum diteruskan post kali ini, aku ingin mengumumkan bahawa aku akan menggantung keyboard menjelang 10 hari terakhir Ramadhan ini bermula dari azan Maghrib 19 Sept… Bukan aku taknak tulis terus, Cuma aku akan kurangkan…Salam Ramadhan…”
_________________________________________
Hari ini semasa aku minum dengan Zul, aku didatangi oleh seorang penjual DVD haram... Hahaha... Cuba teka ape yang berlaku?

Dia menawarkan DVD cerita yang terbaru... Aku memang tidak ada nafsu pon nak beli DVD, tetapi dengan niat nak mengacau apek tue, aku pon mula sesi tawar-menawar:

-Apek, DVD nie berapa satu?
-8 ringgit je...
-ala apek, kurang la...5 ringgit ke? DVD kosong satu pon baru 2 ringgit
-mane boleh la... Lu cari la kat mana2 pon, memang takda jual punya...
-OK la apek, 7 ringgit?
-tak balik modal woo...
-ape pulak apek? Modal tak sampai 2 ringgit pon...
-lu mana tau... Bos gua bayar org atas nak jual DVD nie...
-Owh, ye ke?
-Ye la... Bos gua bayar kat 5 orang maa... KPDNHEP, Bukit Aman, D-7, IPD Shah Alam n IPK Selangor maa...
-Aik (Ini dah lain macam)
-Bos gua bayar bukan sikit woo... Bukan ratus-ratus, tapi ribu-ribu punya...
-So, u tak kena tangkap la?
-Tak... Kalo kena tangkap, sikit hari boleh keluar maa...
-Owh..Boleh bayar-bayar pulak yek?
-Cari makan maa... I dah 4 bulan kerja kat sini... Takda orang kacau la...
-owh..Ok la apek...

haha... Kantoi... Firstly, aku nak bagitau yang cerita aku ini hanya bersumber seorang sahaja dan tidak boleh disandarkan kepada fakta... Segala kesalahan dalam cerita apek tue amatlah saya kesali...

tengoklah saudara-saudari sekalian... Betapa untung menjadi orang atas... Dapat duit free je... Aku malas nak cerita lebih... Tak pasal-pasal kena akta hasutan karang... Korang pikir la sendiri...

Masuk topik utama... Mari belajar politik... Tadi tue muqaddimah je...

Kali ini aku ingin menceritakan ciri-ciri seorang ahli politik yang berjaya...
  1. Mestilah seorang yang professional ataupun seorang yang berkerja... Sebagai contoh, ahli politik perlulah bekerja sebagai peguam, atau bussinessman, tok guru agama, doktor, pengerusi ABIM ke, anak ulamak besar ke, dsb... hal ini akan memudahkan seseorang ahli politik mendapat publisiti awal...
  2. Mestilah seseorang yang tahu ilmu agama sekurang-kurangnya tahu (tahu bukan amalkan...kalo amalkan itu satu bonus) hukum-hukum asas ataupun paling kurang hebat dalam rukun Islam...
  3. Mestilah seorang yang pandai menipu atau membohong... Ini akan menyebabkan orang berasa yakin atau boleh membuatkan rakyat rasa tenteram atau senang mendapat sokongan rakyat...
  4. Pandai menabur janji... Ini antara syarat yang penting... Kalau ada syarat nie, memang bagus... Ini penting untuk mendapatkan sokongan rakyat, hendak-hendak lagi tym pilihab raya... janjilah jalan baru ke, peruntukan surau ke, air free ke...
  5. Mesti banyak duit... ini penting untuk hal-hal politikus,... tapi poin ni tak penting sangat kalau dah jadi ahli politik sebab duit datang macam air...
  6. Banyak kerabat atau member... Nanti kalau dah berjaya boleh la salur keuntungan atau bagi tender kat kroni... hahaha...
  7. Antara yang paling penting ialah pandai akap berapi atau cakap lebat... Tak kesah la 80% retorik atau fakta... Yang penting pandai cakap... Bekas pemidato adalah yang terbaik...

Banyak lagi sebenarnya... Pasni, syarat2 bonus:

  1. Boleh buat sumpah laknat atau mubahalah atau segala jenis sumpah yang berkenaan...
  2. Mempunyai jenayah atau suspek kes hubungan tidak bermoral (Seks tym krismas ke. liwat ke, sek dengan model pon ok)...
  3. Pandai cover line... maknanya, kalau kantoi pecah amanah ke, ada hubungan dengan model ke, pegang tangan pompuan lain ke, bagi komisyen kat kawan ke, atau janji buat kerajaan tapi tiba2 tak jadi, pandai buat alasan yang agak konkrit untuk cover malu....

Syarat-syarat bonus pon banyak... Tapi aku taknak korang muntah pas baca pulak kan... Hahaha...

Akan datang: Mari belajar politik akan mengupas cara-cara mengkayakan kroni... Tunggu...

p/s: Ini hanyalah satu perlian yang membina... Ikut la macam mana pembaca nak pikir...

Perjuanganku masih belum selesai...

Salam Alaik...

Aku menamatkan hari pertama exam dengan perasaan yang bercampur baur... Dengan Interview yang aku boleh agi hanya 50-50, aku menjawab ESL pon dengan keadaan yang tak aman... Mana taknye, dah la kepenatan selepas interview, ditambah pulak dengan exam waktu petang... Humph... Belum campur sejuk membeku bilik exam tue... Jelas sekali perjuangan aku masih belum selesai...

Man United mengekalkan rekod tak menang kepada 3 match berturut-turut, walaupun dengan kehadiran player faveret aku, CR7... Tapi seri tue pon adalah satu peningkatan di mana sebelum ini hanya kalah 1-2 dengan LIV dan Zenith st. Petersburg...

Masuk hal dunia, krisis kewangan persis memuncak... AIG dah nak bankrap... Indeks Komposit BSKL dah jatuh dibawah paras terendah... Dengan Najib ambil alih portfolio kewangan, aku harap ada perubahan la... Ye la, die kan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi UKM...

Perjuangan segalanya masih belum selesai... Exam tak habis lagi... Match tak sampai 1/4 lagi... Ekonomi tengah down... Ramadhan tak habis lagi... Banyak lagi perjuangan yang perlu ditempuhi...

p/s: Ape plak aku citer pasal perjuangan nie? Kecewa ke? haha... Aku jadi makin serius, betul ke?

Wednesday, September 17, 2008

Mein Kampf (Perjuanganku)- Adolf Hitler

Salam Alaik...

Hari esok merupakan hari bermulanya perjuangan aku dalam Trial Exam dengan subjek pertama ialah ESL... Aku bermula agak lambat jika dibandingkan dengan rakan aku yang lain kerana aku pada paginya perlu menghadiri temuduga University of Adelaide... Maknanya, aku ada 2 exam esok, lengkap seperti IELTS (Writing, Reading n Listening dalam ESl; Speaking dalam Interview)... Haha...

Hari ini aku kena tidur awal sebab dah 4 hari aku tido pukul 6am... Starting hari Jumaat sampaila pagi tadi... Ini semua disebabkan study yang agak keterlaluan... haha... Tak pernah dalam hidup aku, aku tidur lambat selama 4 hari berturut-turut dan bangun selewat 12pm juga berturut-turut...

Bukan sahaja aku berjuang pada hari esok, rakan-rakan aku yang lain juga berjuang...mereka juga akan menjawab ESL... Tidak juga aku lupakan kepada saudara seagama aku, juga berjuang dalam bulan Ramadhan, mengekang nafsu dari menguasai diri...

team faveret aku, Mannchester United juga akan berjuang menentang Villareal di Old Trafford dalam saingan peringkat kumpulan awal pagi esok... Kiranya banyak la yang akan berjuang esok memberi impak yang agak signifikan dalam hidup aku....

Sorry man Utd, aku tak dapat tengok sejauh mana keselebetan atau kehebatan kau bermain pagi esok...Aku ada komitmen lain...

In short, good luck untuk semua benda atau manusia yang akan berjuang esok...

Tuesday, September 16, 2008

Hurmph...Agak dah...

Salam Alaik...

Sekarang, semasa aku tengah tulis blog nie, khabar tentang pemindahan kuasa masih tiada... Kalau dirujuk post aku sebelum nie, aku bg 5% je untuk pemindahan kuasa menjadi realiti pada 16 sept..

tapi, terlalu awal untuk ku berkata-kata... Masih ada 5 jam untuk hari ini (16 sept) tamat.. Tapi, mustahil la nak lompat-lompat waktu nie... Pejabat PKR da tutup dah nak bagi borang... Hahaha... Pejabat PM pon dah lengang...

Hangat-hangat Tahi Ayam je la... Tapi, 16 sept mungkin gagal... mane tau 17, 18, 19 ... Sept, sape tau? Berjaga-jagalah (Aku tujukan secara umum)!!!

p/s: Aku tak menyokong mana-mana pihak yer...Aku sekadar tulis isu semasa dan jangan tangkap aku masuk ISA pulak nanti,...

Monday, September 15, 2008

Rempit tak bertauliah...

Salam Alaik...

Kali ni aku nak cerita tentang kehidupan aku bersama Mat Rempit setelah aku berjaya menamatkan SPM aku pada tahun 2006/7... Ini bukan bermakna aku juga seorang rempit yerk...

Pada suatu petang yang indah, kami melepakkan diri di sebuah taman permainan kanak-kanak, berhampiran bangunan Koperasi di Taman Koperasi... Pada ketika itu, ada kira-kira 4-5 bijik motor bersama kami...

Pastu, melintas la dua ekor awek yang ala-ala Minah Rempit di depan kitorang menuju ke kedai runcit di hadapan kami, kira-kira 25m... "Pegh, boleh bla awek tue",kate brader R... Maka, brader R ni pon mencapai SS II klon (Yamaha Sport berbadan SS II) die dan mengajak seorang member die bernama Bush naek bersama dia...Kononnya nak pergi mengrat la tue... Tak bleh bla betul Brader R tue...

Maka, setelah gear satu ditala, maka dipulasnya throtle sehabis mungkin dan motor brader R tue terus memecut sehinggalah melalui pasir... Maka tayar motor brader R pon tersangkut ala-ala drift dan terus berpusing cecah lutut di atas pasir tue...Pusingan ala cub prix tu mungkin berjaya memautkan Brader R... tetapi, Brader R yang kuat pegang motor die tym eksiden tue hanya luka 1mm kat jari telunjuk kanan, tetapi Bush yang melompat ala-ala stunt kononnya untuk menyelamatkan diri menikmati kesakitan lutut akibat lututnya memecahkan cermin sisi kiri motor Brader R...

Setelah kemalangan tue, semua lahanat rempit pon bertanya kat Brader R
-Weyh, padan muka ko... Nak kejar minah rempit konon...

Aku pon menjawab dengan selamba
-Ala, aku gurau je la... Mane aku nak kejar betul-betul... Aku nak pergi kedai beli rokok tadi...

Habis motor aku... Tuil gear bengkok....Huhu...

p/s1: Pengajaran: Kalau dah buat niat jahat tue, bile2 mase je Tuhan nak balas... Hoho...
p/s2: Motor tue dah takde sekarang...
p/s3: Member serempit dulu pon dah tah ke mane sekarang... Dah jadi skater tak silap aku...

Sunday, September 14, 2008

Redz: Dark Knight

Salam Alaik...

Aku tidor jam 5am tadi setelah melakukan qiamullail sejak dari jam 10pm... Qiamullail yang agak baik dan berjalan lancar... Dipenuhi dengan Football Manager dan Biologi SACE Workbook...

Aku tido pagi tue, dan aku bangun setelah seekor panda mengejutkan aku... Aku dengan poyo bertanya, "Weyh, kul bape skang?"

Panda tue jawab "2pm"

Aku pon bangun n mandi...

Pastu aku lepak atas sofa, pegang buku bio dan CJ7, aku teruskan peniduran aku untuk llagi 3jam... Kirenye aku bangun jam 5.30pm la...

Adakah aku seorang Dark Knight? Berjaga diwaktu malam, tido di waktu siang? Huhu...

"Aku ialah dark knight atau dark knight ialah aku?"

Saturday, September 13, 2008

Biase la, hero kalah dulu...

Salam Alaik...

Aku sebenarnya tak boleh menulis dalam keadaan kecewa ataupun marah... Tapi kali ini aku usahakan juga la..

Hoh...

Dah 14 minit aku duk depan pc... Tetap tangan aku masih ketar, tak boleh tulis...

Jap...

OK, aku start...

Aku dalam jam 7.43pm, selepas berbuka, aku main football manager, yang mana ketika itu team aku, Man Utd menentang Liverpool di Anfield... Kehebatan pemain aku memang tak terjangkau sehingga aku menang 3-2 (Takde la hebat sangat)... Aku pon berharap agar kemenangan itu diterjemah ke alam realiti yang mana pasukan yang sama akan berlawan...

Aku meninggalkan Cemara ke Imthiaz setelah mendapat mesej Carlos Teves berjaya membuat gol pertama pada minit ke 2.34...Jersi Man Utd yang wangi aku pakai sebaagai tanda sokongan aku terhadap kelab bola sepak terhebat di Eropah tue...

Setelah aku order Teh Ais mamak tue, aku pon duduk dengan jayanya berhadapan dengan skrin besar... Aku dengan penuh harapan menonton permainan yang bagus tue... First impression, Man Utd main dengan jayanya...

Tetapi.

Setelah masuk separuh masa kedua, permainan Man Utd semakin hambar... Aku pon tak tau sebab ape... Dan gol daripada Babel (LIV) memang menyebabkan moral aku jatuh... Setelah referee meniup wisel penamat, aku pon membayar teh ais dengan muka yang 50-50...

Melihat penyokong Liverpool gembira, aku terasa mereka patut meraikan kemenangan tu sebab mereka pon dah lama tak menang dengan Man Utd... Hehe... <---(Boleh gelak pulak?)

Selepas nie, Man Utd lawan Chelsea kat Away... Humph... Jatuh tertiarap lagi la Man Utd...

tapi,...

"Standard la tue...Hero kan kalah dulu, pastu mencanaak la naik... Macam season lepas... Kan?"

Thursday, September 11, 2008

Alamak, kau terbang lagi? Nyaris maut!!!

Salam Alaik...

dalam masa aku berlari-lari anak ala sedang bertawaf ke masjid seksyen 18 tadi, telefon genggam nokia rama-rama aku dengan tidak sengaja buat aksi stunt, terbang dari poket baju melayu aku ke atas jalan sebelum aku sepak telefon tu untuk mengelakkan kereta proton Wira melenyekkan beliau lantas meninggalkan aku hanya satu hp...

Kesannya, bateri dan covernya bersepai... Mungkin salah satu teknik mengelakkan daya impulse melampau (Fizik 2006)... Walaupun bersepai, terhantuk kat jalan, dan jatuh dari ketinggian 1 meter, alhamdulillah, telefon genggam aku masih sehat dan boleh digunakan... Senang sket nak update match Man Utd luse... hehe...

"Mungkin la ada mangkuk-mangkuk yang beli hp mahal dengki tengok kebrutalan hp aku"

Eksperimen Letupan Big Bang Kedua Berjaya: Allah Akbar!!! "The second big bang experiment succesfully launch"

Eksperimen yang termahal di muka bumi ini telah berjaya dengan jayanya...

Eksperimen ini bertujuan untuk membuktikan kewujudan big bang dan mengambil gambar kronologi apa yang berlaku ketika letupan pertama yang menghasilkan alam semesta...

Eksperimen yang melibatkan pelanggaran proton dalam terowong sepanjang 17 batu dengan kelajuan cahaya...

Eksperimen ini menimbulkan isu apabila terdapat kemungkinan lohong hitam terbentuk dan menyedut segala isi bumi...

Alhamdulillah, eksperimen ini berjaya dan keputusan eksperimen ini masih dirahsiakan...
Jika eksperimen ini berjaya membuktikan big bang benar-benar wujud, maka, salah satu kebenaran dalam Islam telah dibuktikan... Allah Akbar...

AUSMAT 2 yang rasa nak buat Research Paper tahun depan boleh la pikirkan untuk mengambil perkara ini sebagai tajuk anda...

Untuk rujukan, sila taip 'second big bang' di laman carian google ataupun yahoo...

Hari ini Ku Datang Riang...

Salam Alaik...

Malam nie aku rasa aku tak berapa ada mood nak menulis... Biarlah aku compile kan segala yang berlaku pada aku hari ini...

Pagi- Tak sahur...

Petang- Consult tentang esei dengan Puan Faizah...

Berbuka- Berbuka dengan Hazra, Iman, Min, Abid n Fiqa = celebrate bday aku (suprise party)...

Malam- Diskusi Chemy dengan member segroup... (First tym bincang secara serius)

Tengah malam- keluar dengan Zaid kat Awwal, tulis blog...

Info- aku ada interview adelaide university minggu depan... Semoga aku berjaya...

Wednesday, September 10, 2008

Alamak, ape kes ni Bro? Kate......

Salam Alaik...

Berbuka puasa dengan nasi+ayam masak kicap mengngatkan aku betapa best berbuka di rumah... Melayan murtabak Sofi, memang mengiurkan dengan daging yang dimasak dan diracip halus, dicampur dengan kelemakan telur, ditambah dengan kuah cuka berbawang, memang menyebabkan ak terfikir, sama ada mau balik rumah atau tak minggu nie...Ramadhan pertama dulu aku tak sempat nak beli...

Sahur pagi tadi, nasi+telur mata kerbau dua bijik digaul dengan kicap manis juga mengingatkan aku makanan asasi aku ketika makan malam di rumah... Kerangupan telur-telur tue menjadikan aku semakin merindui rumah... Ditambah pulak dengan air anggur kordial White Horse, memang asyik...

Sebut pasal rumah, aku teringat tiket aku untuk raya... Masih belum aku beli... Ape kes? Kalau habis, letih la aku... Kena la guna plan C sebab plan B dah terbatal... Plan C? Ape tue? Plan C ialah plan ketiga atau dengan nama lainnya plan alernatif... Haha... Ape plannye? Plannye ialah aku akan balik umah minggu nie dan mengambil kereta aku dan aku akan pulang berhari raya drive dari S.Alam ke Bandaraya Jerantut...

Bukan aku taknak letakkan plan C tue jadi plan A, tetapi banyak sebab aku taknak drive... Pertamanya, aku taknak letih drive tym puasa... Aku tau ada rukhsah puasa untuk musafir, tetapi bak kata orang 'sehari berpuasa di bulan ramadhan tak sama dengan berpuasa 11 bulan...' Keduanya, kalau aku drive kena ada rokok kat mulut, baru segar dan tak borink... Kalau syarat pertama tu aku buat, maka syarat kedua automatik berjalan... Tapi, takkan aku nak follow syarat pertama pulak kan? Ketiganya, minyak mahal da...Huh, tak kuasa aku nak bawak kete...

Tetapi, jikalau itulah satu-satunya opsyen yang aku ada, nak buat macam mana, kan? terpaksa la jugak aku bawak kete...

Tadi aku tarawikh kat masjid Shah Alam... Orang pelik tengok aku, pergi sembahyang pakai jersi Man Utd, bersweater K&N dan berseluar trek... Aku terfikir, salah ke? Tak silap aku takde pulak dalam syarat sah solat tarawikh kat masjid kena pakai jubah ataupun baju melayu... mungkin diorang pandang lain macam sebab tak ikut adat kot... Takpun diorang inga aku rempit sesat... Haha... Ape-ape la...

Balik dari Masjid, aku ikut jalan jauh... Saje nak ambik feel... Aku nyalakan Winston Light sambil memecut motor Kriss Azrin selaju 50km/j (layak ke panggil pecut tue?)... Sedang aku mencilok-cilok kereta, nak tau ape terjadi?

"Uwekkkkkkkk"

Bersembur 10% nasik berbuka tadi...

Dah tiga kali dia bagi warning...

Aku tak tau, warning yang mana satu... tapi antara tiga ni la:

1. Berhenti merokok terus
2. Jangan merokok sambil bawak motor.
atau
3. Jangan merokok rokok 'light' sambil bawak motor.

Aku rasa yang ketiga betul...
First aku muntah, tym isap rokok winston light sambil bawak motor...
Second aku muntah, tym isap rokok nusantara menthol sambil bawak motor...
Third aku muntah, tym isap rokok winston L&M light sambil bawak motor...

Haha...
Ape kes nie Bro?
Kate perokok tegar!!!

Sunday, September 7, 2008

Thankz kekawanku...

Salam Alaik...

Semalam aku memenuhkan separuh dari siangku untuk tidur... Haha... Ini disebabkan aku melayan citer Bleach da Movie, Sutun2 dan CJ7... Sedar tak sedar dah pukul 4am, masa yang Amir selalu kejut kitorang untuk sahur... Tapi kali ini bukan kami yang kena kejut, tetapi kami yang mengejutkan dia... haha...

Petang itu, aku dan rakan-rakan lelaki sekelasku berbuka di Pak Li Kopitiam... Aku mengagak peristiwa ini sekadar biasa sahaja... Tetapi aku dikejutkan dengan hadiah Bday aku, seekor patung CJ7 saiz sebenar... Muahaha... Thankz sesangat... Terkejut aku... Kirenye suprise tue menjadi la...

Malam tue aku layan football manager sampai kul 3am dan refuse untuk join dak-dak nie sahur... Sorry... Assignment berlambak, tetapi fm yang diutamakan dulu... Tym banyak asgnmt nie la yk game dtg... Hampeh...

Hari ini, meneruskan tradisi bangun lambat dengan bangkit pada jam 11am... Haram... Bulan puasa pon nak bgn lambat..Teruk betul... Kini, aku sedang bersiap siaga meneruskan asgnmnt tahap karma aku... Bermula dengan tutorial ESL... haha... here i come, asgnmt...

Friday, September 5, 2008

Weyh, baru hari ke-5, Bro!!!

Salam Alaik...

Hari ke-5 Ramadhan tahun ini baru sahaja berlalu... Nampaknya ujian pertama dah muncul... Nafsu tido aku dengan jayanya telah mengheret aku meninggalkan sunnah nabi itu... Aku hanya sekadar bersahur nestum pada jam 2.30am... Adakah itu dikira sahur?

Cabaran kedua tiba pabila tia waktu bebuka... Dalam jam kurang lebih 5.55pm, aku membaringkan diri dan mengunci jam kul 6.15pm utk membeli makanan... Tetapi, malangnya, aku tersedar pada jam 7.23pm, 4 minit selepas waktu berbuka Zon 1 Selangor... Haha... Inilah padah kalau Amir takde kat bilik, takleh hidup kitorang... Muahahaha... Amir, ketua bilik kitorang...

Pastu aku n Aide pergi makan kat Imthiaz... Aku order Nasi Goreng Cendawan... Bapak ah berminyak... Tak habis aku makan... Tah hape-hape... TApi aku tetap bersyukur diberikan nikmat itu...

p/s: Semalam aku muntah lagi tym smoking sambil naek motor... Haha... Allergic rokok da aku...

Osama, Aku dan Ayman...Ekslusif...

Salam Alaik...


Pasni aku takkan senang duduk... USA akan cari aku sebab aku pernah berada dengan Osama dan Ayman ketika membincangkan strategi menawan kembali Afghanistan... Habis lah aku...Gambar ni eksklusif dan tidak ada di mana-mana lagi... Hanya aku sahaja yang ada salinan gambar nie...

Thursday, September 4, 2008

Salam Alaik...

Ada beberapa berita yang menggembirakan aku hari ini... Alhamdulillah syukur pada Tuhan atas segala nikmat-Nya...

Memula, tym sebelum tym kimia... Aku tak tau kenapa aku terlalu baik... Suatu ketika dahulu aku amat marah pada dia, tetapi dalam masa 30saat, selepas dia melakukan sesuatu, kemarahan aku dulu yang membakar aku tiba-tiba hilang tanpa meninggalkan kesan... Ape yang baiknye? Baik la tue sebab aku dah tak payah menyimpan dendam... Hehehe...

Kemudian, tym kimia... Kertas Test Kimia aku baru-baru nie telah ditanda di hadapan aku sendiri... Aku tak kesah la ada yang salah sebab lebih banyak yang betul... Lagipun berpadanan la dengan corak study yang tak menentu aku tue... Adillah kiranya tue... Study sket=Markah sket...

Pastu, biologi pulak... Datang kertas lagi...Kertas bio test baru-baru nie jugak... Alhamdulillah, masih dapat B, 73.... Sekali lagi syukur... Zaid dapat 77, merangkap highest... Tahniah kepada dia... Aku dapat 73 pon da kira bersyukur... Bukankah bersyukur itu lagi baik... Renungan Ramadhan: 'Jika kamu bersyukur, akan Aku tambahkan lagi nikmat kamu, jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih'...

Habis Malay Study, aku dengan Zaid pergi jumpa Prof. Saadah untuk bertanyakan keputusan interview untuk Monash University... Aku pada awalnya tidak terlalu mengharapkan sangat kerana aku tau standard speaking aku... Tetapi, dalam pada harapan aku itu pudar, tengah hari itu aku mendapat tahu yang aku 'Under Consideration' untuk masuk Monash... Muahaha... Alhamdulillah... Walau tak dapat offer letter, aku tetap bersyukur dapat di'consider'kan (Cg. Mai jgn marah saya salah guna BM)...

Sekian sahaja buat kali ini... Pendek+Ringkas+Padat=Senang nak baca=tak memazir masa...

Wednesday, September 3, 2008

Berkaitan dengan siri 'Hikayat Pengembaraan Finare' aku!!!

Salam Alaik...

Ada sesetengah daripada member aku tertanya-tanya akan kehilangan hikayat pengembaraan Finare aku... Aku ingin menjelaskan di sini bahawa hikayat itu masih dikarang tetapi ditangguhkan sebentar dek kerana kekangan masa... Segala kesulitan amat dikesali...

Hikayat Pengembaraan Finare:
part 1: http://betheredz.blogspot.com/2008/01/pengembaraan-finare.html
part 2: http://betheredz.blogspot.com/2008/01/pengembaraan-finare-bahagian-2.html
part 3: http://betheredz.blogspot.com/2008/02/pengembaraan-finare-bahagian-3.html

Kalau sesapa nak baca, silakan... Ada idea atau pendapat, boleh komen terus...
Terima Kasih...

Bosan la menulis...

Salam Alaik...


Nestum segelas untuk sahur


Menjelang laungan azan kira-kira 30 minit lagi maka, ramadhan ke-4 akan menjelma... Sahur aku pagi tadi masih sama seperti biasa dengan kehadiran secawan nestum yang panas bercampur susu pekat manis F&N...


Kehadiran aku ke kelas tidak memberi signifikan sangat kerana tiada unsur yang berjaya menarik aku mencapub...Mata aku dalam kelas sentiasa terang hari ini melainkan tym Listening ESLS... Mungkin bosan mendengar radio mencarut... Huh... Satu perkara yang agak menarik berlaku yang mana tutorial telah ditangguhkan ke Isnin... Alhamdulillah...

Tym Matematik, Puan Yati tak masuk kelas, khabarnya ada berlaku kejadian negatif di rumahnya, kasihan dia... Waktu kosong tue aku isi dengan membaca The Star, tentang kedatangan Berbatov ke Manchester United, Robinho ke Man City dan tokey baru Man City, Dr. Sulaiman Al-Fahim...

Kira-kira beberapa minit nak masuk Bio, aku bergerak ke seat aku dan melihat seorang kawan (boleh kira kawan ker? Tak kot...) aku yang kalut dan memang sentiasa kalut... Serabut mata aku tengok... Huh, konflik dalam diri aku terhadap dia ni memang dalam...


Tym Bio, kami diberi crossword puzzle... OK gak la, ada kepelbagaian dalam pembelajaran... Sekurang-kurang aku semangat nak baca Bio, dan membelek glosari... Selepas solat, datang Puan Faridah... Masuk kelas dan sambung perbentangan... Dalam mendengar perbentangan, aku tertarik pada tajuk Rashid, tentang pengurangan subsidi minyak... Hahah... Macam pergi BTN pulak... Aku diberi tugas menyetelkan In-Depth study yang akan dihantar hari Isnin nie gak... Maka, jadual aku sepanjang minggu ne penuh... Sorry to say... Hahah...


Thankz kepada Hazra, Iman, Mint kerana memberi kad Ucapan Ulang Tahun ke-19 aku... Aku menghargai segala pengorbanan korang membuat kad tue sepanjang masa Malay Study tadi...Hahah...Nice card...


Baiklah, cukuplah setakat nie... Ada satu lagi post dalam draft aku, tetapi aku rasa better aku tak publish, aku taknak kena ban...Hehehe...adios....

ps:Blog aku makin bosan la, setuju tak?

Tuesday, September 2, 2008

"Escape jer kerja ko yerk?"

Salam Alaik...

Kekadang aku terfikir betapa naifnya aku yang mudah dihasut sang nafsu malasku... Aku tak faham kenapa kekadang badanku ini persis makhluk yang tidak bersyukur malah mengambil lewa segala perkara yang penting sepanjang hidupku di sini... Aku juga tidak faham kenapa kadar kemalasan aku dalam study mula meningkat secara mendadak... Adakah perubahan usia badanku? Tidak mungkin kerana umur ini sepatutnya mematangkan aku, bukan memalaskan aku... Adakah aku sudah berada di puncak study di sini sehinggakan kini adalah masa penurunan aku? Tetapi, apa-apapun, kemalasan ini adalah berpunca dari diri aku sendiri... Dan manalah layak bagi aku menyalahkan perkara lain bersabit kemalasan aku ini...

Aku baru sahaja selesai Test Chemistry petang tadi, dan aku berjaya menjawab semua soalan dengan kadar kebetulan pada tahap 0.80... Adakah aku terlalu yakin atau terlalu bongkak dengan meletakkan angka begitu? Tidak sama sekali... Aku hanya berpegang kepada petua cikgu aku- 'Be Positive'... Tetapi, aku agak terkilan yang mana falsafah 'be positive' tu masih lagi tidak dapat aku laksanakan ketika menjawab Mathematical Studies... Apakah motto itu tidak berguna dalam Matematik? Salah!!! Motto be positive adalah sesuai digunakan dalam semua keadaan... Jika kepositifan tidak diaplikasikan dalam sesuatu perkara pokok, maka kejayaan yang dicari mana mungkin datang berlari? Alamak, apa aku tulis ni? Menarut je lebih... Isi takde pon... Retorik 85%, 15% lagi pon tak berapa boleh nak pakai...

Jap, aku tak sentuh lagi bab tajuk nie... Aku sebenarnya escape kelas Malay lagi tadi... Bukan aku sengaja nak escape tetapi badanku menjadi amat lemah ketika berniat ingin membeli tiket bas balik... Aku lemah bukan sebab beratur, tetapi tengok orang beratur nak balik ke Pantai Timur... Aku rasa ada dalam 100 orang mencari tiket tadi... Kaunter bas aku, SE Super masih belum membuka jualan... Mungkin ingin menaikkan harga dahulu kot... Andaikan aku tak dapat tiket, akan aku guna plan B, iaitu naik kereta api ke Jerantut... Memang agak memenatkan, tetapi ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan sebab.........Hurm..... Entah.... Aku pon tak terpikir sebabnye... Takpe, proceed to plan C... Kalo aku masih tak dapat tiket ketapi, aku akan balik sebelum trial dan ambik Kancilku sayang... Ini sebenarnya idea akak aku, tetapi aku memikirkan bahawa balik ke Jerantut dengan Kancil, dalam keadaan puasa adalah amat tidak bagus... Boring... Hehehehe....Ape-ape la... Yang penting, plan A akan aku usahakan dahulu...
Alamak, lari topik la pulak... Abaikan...

Pagi tadi aku sahur nasi dengan ayam masak kicap yang aku beli kat cafe Cemara... OK la jugak... Kul 4am sahur... Bapak awal... Yang peliknye, selera aku ok pulak... Biasanya sahur macam nie memang payah la nak makan nasik... Aku makan nasik tadi berairkan nestum... Best gak nestum nie rupenye... Teringat zaman Cendana dulu, sahur makan nestum jer.... Hahah... Ok lah, aku nak prepare berbuka pulak nie... berbuka nanti makan lauk ayam goreng, salad, sambal belacan dan kuah kerang kot... Ok la tue... Syukur... Thankz kepada semua yang membantu aku ketika Ramadhan nie... Terima kasih kepada sebahagian bebudak Sydney sebab bincang kimia tadi... Dapat gak la aku sikit input... Hehehe... Salam Ramadhan dan selamat bertarawikh...

Au revoir, mis ami...
Adios, Amigos...
Maas salamah, asdiqo-e...

Monday, September 1, 2008

1 Ramadhan; 1 September

aku dan cap baru aku


Salam Alaik...

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini aku masih sempat merasainya... Ramadhan kali ini agak signifikan kepada aku kerana mungkin inilah Ramadhan terakhir bagiku di Malaysia sebelum aku mungkin berangkat ke Australia tahun depan... Ramadhan kali ini gak membawa makna kerana ulang tahun kelahiran aku juga jatuh pada hari ini... sedar tak sedar aku dah tua rupanya... Ulang tahun yang terakhir di Malaysia sebelum aku fly jugak... Heheh...

Terima kasih kepada akak aku kerana membelikan aku kek (walau aku dah tua) sebelum aku solat Tarawikh di Masjid Baru semalam... Terharu la jugak... Terima kasih kepada Cik Farah kerana menjadi manusia bukan keluarga pertama yang wish dan bagi hadiah... Terima kasih jugak kepada rakan-rakan yang lain, yang wish pakai SMS, Friendster dan sebagainya... Terima kasih... Hadiah-hadiah birthday aku banyak: keputusan seri Chelsea dan Liverpool, cap, hadiah dari akak aku yang aku rahsiakan, dan sebagainya...

Hari ini jugak aku balik Shah Alam setelah bersahur di Jerantut, berbuka di Shah Alam... Rindu kat Murtabak Syed, Ayam Percik, Air Tebu, dan sebagainya.... Rindu kat Gulai Masam Ikan Patin, Gulai Lemak ayam yang aku buat sahur tadi dan sebagainya... Rindu segala-galanya...Rindu nak semayang kat Masjid Lama, Rindu nak main mercun, rindulah segala-galanya lagi...

Hari ni gak aku balik Shah Alam dengan Farah, Anum dan rummate Farah kat USIM... OK lah... Tak berapa bagus sangat tadi sebab telinga dengan tekak aku ada problem sikit...Sampai kat Kolej dalam kul 6.30pm, aku beli nasik ayam, dengan air mangga kot, pastu balik, parking beg dan tulis blog... Loker pon aku tak sempat nak bukak...

Akay, aku nak pergi ready untuk iftar pulak... Allahumma laka sumtu, wabika amantu, wa'ala rizqika aftartu, birahmatika ya arhamar Rahimin...

Jom sekali...Pasni pergi Tarawikh pulak...